Semalam juga ialah hari pertama di Minggu kedua naik bekerja selepas bercuti seminggu berhari raya.Paham tak ayat. Berbelit kan? Baca perlahan-lahan. Mesti boleh paham punya.
![]() |
| Semalam |
Semalam juga pagi-pagi terpaksa bergegas ke tempat kerja. Nama naik untuk menghadiri majlis perhimpunan Jabatan bersama PM. Wah.. berpeluh juga di pagi hari mendaki tapak perhimpunan. Parking kereta, punch card, ambil tali leher rasmi dan berlari pantas mendaki bukit dan mencari barisan jabatan sendiri. Semua perlu berlaku dalam masa 10 minit! Sempat. 5 minit selepas tu acara pun bermula.
![]() |
| Konsep Ibadah |
Jam 12pm majlis bersurai. Maka bermulalah acara jamuan Hari Raya. Ada 14 gerai dari pejabat cawangan dan HQ. Alhamdullilah pelbagai menu boleh dipilih. Siap boleh tapau bawak balik. Bertuah kita berada di bumi Malaysia.
Semalam juga Elman melangkah ke usia 2 tahun. Sampai di rumah sibuk benar dia hendak menyiram pokok bunga. Tak nak naik ke rumah. Akhirnya terpaksa didukung masuk ke rumah.
Malam semalam. TV cerita entah apa-apa. Jam 10.00pm naik ke bilik tidur. Isteri sambung menelah nota-nota pelajaran. Saya sudah ke mana meneroka dunia di bawah sedar.


0 comments:
Post a Comment