Pages

Wednesday, September 5, 2012

Berubah Cara Berfikir

Sukarkah untuk kita berfikiran positif sepanjang masa?
Tidak

Ya tidak dinafikan, pada permulaan, kita akan merasa sukar.
Kita berasa susah untuk berfikiran positif sebab pada masa itu minda kita sudah terbiasa dengan fikiran negatif.
Sebagai manusia, perubahan kepada sesuatu yang baru memerlukan masa dan kekerapan melakukannya.

Fikiran positif tidak boleh dilakonkan. Ia terbit dari hati. Fikiran positif tidak boleh dicampur aduk dengan fikiran negatif dalam satu masa. Kita tidak boleh berfikiran negatif kemudian berfikiran positif dalam masa yang sama. Kesannya tidak akan ada pada jiwa.

Kita tidak akan rasa bersemangat. Kita tidak akan berasa dekat dengan Tuhan. Soalnya di sini, kita boleh berfikiran positif sepanjang masa apabila anda menumpukan usaha kepada sikap bersangka baik, memikir yang baik-baik, berkata yang baik-baik.
Kenapa begitu?
Sebab berfikiran positif adalah satu tabiat.

Apa saja tabiat boleh dibina, diserap lalu dikekalkan dengan cara merubah tindakan, percakapan dan pemikiran. Untuk anda berubah menjadi orang berfikiran positif, apa yang anda perlu lakukan hanyalah merubah tindakan anda, merubah cara anda bercakap dan merubah cara pemikiran anda.

Sebagai contohnya rakan sekerja saya, sentiasa sahaja berfikiran positif. Kadang kala bila mana saya seakan tiada keyakinan untuk berbuat sesuatu pekerjaaan beliau akan memberikan semangat dan kata-kata peransang. Kata-katanya akan memberikan keyakinan untuk saya melakukan perkara tersebut.

Jika sebelum ini anda selalu bersangka buruk, ubahlah sikap itu kepada sikap suka bersangka baik. Hadirkan sikap bersangka baik dan kemudian latih diri melakukannya sekerap mungkin setiap masa dan sepanjang masa.

Sebagai contoh, ada di antara kenalan saya yang seringkali memikirkan pekara-perkara negatif sebelum atau berbuat sesuatu. Contoh semasa menaiki kenderaan, beliau kadang-kala berkata, kalaulah kereta ini terbalik. Macam mana yer? dan juga ada di antara rakan sekerja yang sering mengelak melalukan sesuatu dengan mengatakan perkara tersebut bukan di bawah tanggungjawabnya.. Berfikirlah positif kerana apabila melakukan sesuatu pekerjaan maka bertambahlah pengalaman kita melakukan sesuatu yang baru.

Contoh lain, jika sebelum ini anda suka mengutuk, mengomen dan mengomel, ubah sikap itu kepada sikap suka mengagumi, memandang tinggi, menghormati dan menghargai. Amalkan selalu. Pada peringkat permulaan, ia akan terasa susah. Lama-kelamaan bila dan sudah selalu praktis, ia akan menjadi kebiasaan. Ia akan menjadi sikap anda secara semulajadi (natural). Dengan ini  Motivasi diti kita akan sentiasa menyala! Think positive...!!!

Ubahsuai dari artikel BERFIKIR POSITIF TU SUSAH?

0 comments: