Pages

Tuesday, July 17, 2012

Mimpi Tah Apa-apa

Kelmarin saya mimpi beli kereta baru. Kereta Preve. Entah apa-apa. Selesai sahaja urusan jual beli kereta itu, saya kena pergi servis dulu.. Lepas dalam 2 minggu kena pi lagi servis kerana dah 2,000 kilometer dia. Kemudian, saya pergi ke Masjid ingin menunaikan solat Jumaat tapi kawan yang drive. Siap ada isteri dengan anak sekali ikut. Semasa hendak solat Jumaat semua yang nak jadi imam macam main-main. Last-last saya baru nak offer diri ada sorang lelaki tampil untuk menjadi imam. Selesai solat saya kembali ke kereta. Rasa tak puas hati dengan kereta yang telah di beli. Hendak hantar semula ke kedai kereta dan bercadang untuk membeli kereta yang lain.  Boleh rasanya kereta tersebut dipulangkan.Hajat dihati ingin membeli kereta import.Kereta Honda. Honda CRV lagi.

Ishhkk.. tetiba tersedar dari tidur. Sudah Subuh rupanya. Bercerita dengan Isteri sewaktu bersiap-siap untuk ke tempat kerja. " Itulah abang, asyik bercerita hendak beli kereta baru sebelum tidur. Terbawa-bawa sampai dalam mimpi." 

He..he.. Hutang kereta pun belum habis bayar (Insya Allah bulan Nov tahun nie selesai) sudah ada niat mahu tukar kereta. Tapi dalam sudut hati perasaan sayang pada kereta Gen 2 saya ini masih menebal. Itu part kereta. Yang part jadi Imam solat Jumaat tu kenapa pulak yer. Pernah ada niat ker, yang saya ini nak jadi Imam solat Jumaat (berfikir-fikir sebentar sambil menyelak diari).



2 comments:

DaddyBokteh said...

Kereta 'recon' pun boleh consider tu!

Han Abr said...

Lm pikir lg...