Sebenarnya saya ada banyak kerja nak kena buat tapi ahh... Malaslah nak cerita. Tengok. Malas saya hari ini tahap gaban. Sampai nak cerita pun malas. so untuk mengurangkan tahap kemalasan saya nie, saya nak rebiu satu filem yang saya dah tengok 4-5 kali sebabnya tengok dengan audiens yang berlainan. Dan satu lagi, filem nie tersanggatlah ringan dan menghiburkan. Tak payah nak sakit kepala nak pikir. Tak payah nak berdebar-debar (berdebar ker?) tengok hantu bertaburan dalam dalam skrin. Tak payah nak sakit telinga dengar bunyi ekszos motor atau kereta mat rempit atau gangster. Tak payah nak sakit mata tengok minah-minah perasan artis femes pakai baju seksi, ketat, padat dan sedat. Tak payah sakit hati tengok pelawak-pelawak sengal buat lawak bodoh dan tak jadik.
Ok.. filem apa ekkk...yang saya tonton tu. Filem Hoore! Hoore! yang dikatakan tidak laku dipanggung wayang.
Cer.. citer sikit jalan citer dia.
Jalan Cerita (dicopy paste dari blog orang)
Ok.. filem apa ekkk...yang saya tonton tu. Filem Hoore! Hoore! yang dikatakan tidak laku dipanggung wayang.
Cer.. citer sikit jalan citer dia.
Jalan Cerita (dicopy paste dari blog orang)
Filem ini mengisahkan seorang wanita bertubuh besar Nurul Aiman yang mempunyai tubuh yang agak gempal dan tidak terlalu cantik, bendul tapi berhati baik. Namun begitu, cirri-ciri kewanitaan tetap ada seperti gadis-gadis yang lain. Aiman mempunyai 2 orang sahabat baik Lana dan Azadan, mereka adalah rakan sekampung dan satu sekolah. Hubungan mereka erat dan mesra. Ibunya bernama Lia, dan ayahnya bernama Hairil. Nenek Aiman bernama Nenda Zaimah dan tinggal tinggal bersama mereka.
Di sekolah Aiman mempunyai seorang kawan bernama Johari, seorang yang tampan dan segak. Dalam diam Johari menyukai Aiman. Dalam pada itu, Lana dan seorang rakan sekolah yang lawa dan popular bernama Rita juga sangat meminati Johari. Rita seorang gadis yang ego dan sentiasa cari pasal dengan Aiman. Ayah Johari pula ialah seorang Ustaz iaitu Cikgu Murshid.
Pada masa yang sama, Aiman tergerak untuk menyertai pertandingan Ratu Idola yang di anjurkan oleh sebuah majalah. Rita juga menyertai pertandingan itu. Pelbagai rintangan yang dihadapi oleh Aiman bukan saja dari musuh ketatnya Rita tetapi masyarakat memandang serong akan niatnya itu.
Oh.. macam biasa akhirnya yang baik dan benar akan menang juga.. Adatlah kan..
Ulasan.
OK. Best. Teratur. Menghiburkan. Ada lagu-lagu Arwah Sudirman yang diberi nafas baru dan sedap didengar. Cerita ada lawak sikit cuma emmmm.. Kurang Islamik sikt. nak gi Umrah nyanyi.. Kat tanah perkuburan nyanyi. Nasib baik lagu tu jadi lagu latar belakang jer, kalau masa tengah siram air mawar kat pusara siap kumat kamit nyanyi, harus pitam dibuatnya. Si Azadan yang membawa watak nyah tu macam gedik melampau. Macam nak bagi penampar jer. Kawan dia si dia si Lana tu pun macam tak betul sikit. Ada ker duduk kampung pakai seluar pendek paras peha. Harus jadi bahan ketupatlah kau dijaja pakai seksi oleh Mak Cik Rokiah. Aznil biasalah gedik-gedik jadi pengacara rancangan Ratu Idola.Yang lelain okey jer. Emm... kalau boring-boring duduk rumah boleh tonton lagi. Tapi pesal citer nie tak laku kat panggung eekk.. Musykil jugak tu...
p/s: Semalam tonton file Mael Lambung. Kata surat khabar kutipan pecah panggung. Saya tengok panas punggung adalah. Apa jenis citer dah. Setakat separuh jalan jer. Tak boleh layan lah.. Apa celop!!
0 comments:
Post a Comment