Mudik adalah kegiatan perantau untuk kembali ke kampung halamannya. Di Indonesia ianya merupakan tradisi tahunan yang berlaku menjelang kebesaran keagamaan misalnya menjelangnya Aidilfitri. Pada saat itulah ada kesempatan untuk berkumpul dengan sanak saudara yang pulang dari perantauan, selain tentunya brjumpa dengan orang tua.
Di Malaysia istilah pulang ke kampung halaman lebih mesra dipanggil balik kampung. Di Malaysia, balik kampung sering kali berlaku asalkan adanya cuti panjang dan sebagainya. Namun balik kampung pada musim raya lebih bermakna. Lebih-lebih lagi semua keluarga berkumpul untuk meraikan hari raya. Tahun ini macam biasalah. Saya akan pulang ke kampung halaman di Melaka. Syukur kepada Allah kerana isteri juga berasal dari kampung yang sama. Tiada masalah untuk pulang beraya. Tapi bagi saya secara individu, pulang beraya bukanlah satu isu yang besar. Seringkali kita didendangkan atau digambarkan berlaku perebutan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Dalam Islam memang telah digariskan bahawa si Isteri haruslah taat pada Suami. Tidak kiralah jika suami ingin beraya di kampung ibu bapanya si isteri haruslah mengikut kata suami.
Namun begitu bagi suami hendaklah pula faham akan kehendak atau situasi isteri. Janganlah setiap tahun beraya di kampung sendiri. Bak kata orang sekarang 'sendiri mahu ingatlah'. Walau bagaimanapun, tradisi balik kampung ini perlulah menjadi antara detik-detik yang terindah dalam kalendar tahunan kita dan bukanlah menjadi titik hitam dengan masing-masing bermasam muka. Selain itu dalam kesenokkan balik kampung, berhati-hati di jalan raya. Bak kata PM kita baru-baru ni, 'Janganlah jadikan jalan raya sebagai pusara tidak bertanda'. Akhir kata, selamat pulang ke kampung halaman. Semoga selamat balik ke kampung dan pulang semula ke rumah dengan selamat.
0 comments:
Post a Comment