Minit Mesyuarat adalah satu rekod atau kenyataan bertulis secara formal mengenai catatan ke atas sesuatu perbincangan dan keputusan yang dicapai oleh perbincangan tersebut sebagai bahan rujukan, tindakan susulan dan pelaporan semula diperbincangan akan datang.
Korang pernah tak buat minit mesyuarat? Bosan tak? Untuk satu projek di tempat kerja, saya telah terlibat sebagai urusetia. Agak bosan jugak nak buat minit nie.
Dah lah masa meeting kita salin apa yang orang cakap. Lepas tu sebagai urusetia kena pulak bentang minit yang lepas dan bentang maklum balas. Nak kejar ahli lagi untuk maklum balas. Nak present lagi nak catit minit lagi.
Tapi walau pun bosan tapi bab-bab karang-karang ayat nie memamg saya amat sukalah. Tak tahulah kenapa. Tapi bila mula-mula nak buat tu memang rasa malas yang amat.Tapi bila dah mula taip okeylah pulak. Tapi yang jadi masalahnya ialah kekadang saya tak pasti apa yang saya tulis.. Macam mana nak recall apa yang dikatakan dalam mesyuarat.
Satu lagi cabaran nak mencatit minit dalam meeting ialah bila mana ramai sangat nak bercakap. So nak tulis yang mana satu pulak nie. Tapi bila kenang balik, dah jadi tugas kita. Tulis jelah yang mana boleh. Okeylah nak stop dulu. Nak finalize kan minit nie. Kena setelkan sebelum bercuti raya..

2 comments:
Aku selalu jadi buat minutes of meeting(MOM)ni. Memang kelam kabut kalau 4-5 org cakap serentak. Kadang2 byk point yg hilang takpun lupa. Satu hal lagi kena jumpa sorang2 nak double confirmkan point tu.
Aku cadangkan ko beli voice recorder tak kesah la cap apa. Yg pasti masa diorg menceceh tu ko relax aje record suara. Pastu boleh la ko ulang byk kali buat MOM tu.
Satu lg, ia berkesan utk kantoikan org yg jenis putar alam & ckp berubah2. Bukti mmg jelas. Masuk court konfem buleh memang punya..hehe
Harga standard la murah & mahal. Paling mahal cap Sony dlm RM400 kot. Nanti ko claim la balik kat jabatan kata utk kegunaan rasmi. Takpun ko try mintak budget kat kak Rosmah. Musti buleh punya.Hehehe
TQ for the tip. Tak der nyer Rosmah nak sponsor.
Post a Comment