Cukur jambul merupakan adat resam masyarakat Melayu di Malaysia selepas kelahiran bayi. Sesetengah tempat memangil adat Melayu ini sebagai Endoi di Kedah dan Naik buaian di sekitar Kampung Gajah dan Perak Tengah.
Semasa majlis cukur jambul biasanya acara yang diadakan ialah:
* Menyembelih kambing atau lembu Aqiqah. Daging dimasak dan dimakan bersama-sama dalam kenduri tersebut.
* Bacaan Barzanji atau Marhaban: satu bacaan salasilah dan pujian terhadap Nabi Muhamad.
* Bayi didukung dan diarak berkeliling tetamu lelaki yang sedang membaca Barzanji di ruang anjung rumah .
* Beberapa tetamu penting seperti datuk kepada bayi, imam, ketua kampung dan jemaah masjid atau surau akan mengunting dan mengusap jambul atau mengusap kepala bayi tersebut.
Begitulah serba sedikit majlis kenduri aqiqah dan cukur jambul yang telah diadakan bagi meraikan anak perempuan adik ipar saya yang sempat saya hadiri pada 28 Mei yang lepas. Oh..bagi anak saya majlisnya telah pun diadakan pada Hari Raya Aidil Adha yang lepas. Namun dalam kekalutan tiada gambar dapat diambil semasa majlis tersebut diadakan. Gambar dibawah ialah gambar yang sempat saya snap pakai hpone semasa majlis kenduri pada 28 Mei yang lepas.