Hujung minggu lepas famili isteri saya membuat percutian bersama-sama kiranya macam famili day lah di Bukit Fraser. Percutian selama 3 hari 2 malam itu turut dihadiri oleh semau adik-beradik beliau. Berikut merupakan serba sedikit info mengenai Bukit Fraser. 
Bukit Fraser terletak di negeri Pahang, di atas Banjaran Titiwangsa, Malaysia. Ia merupakan kawasan pelancongan pergunungan yang menarik kerana suhunya sejuk 17~24 Celcius. Puncak tertinggi Bukit Fraser ialah 1,280 meter dari aras laut. Kira-kira 104 kilometer dari bandar raya Kuala Lumpur. Bukit Fraser ini terletak di dalam Daerah Raub Pahang.
Banyak bangunan dan banglo dibina mengikut cita rasa kolonial British. Dinding rumah dari batu konkrit besar yang disusun dan disimen. Warna dinding berwarna putih dengan diselang-seli warna hitam pada tiang jenang.
Pagar rumah dibuat daripada pokok-pokok
bunga. Lebar jalan raya agak terhad iaitu hanya dua lorong dan sukar untuk berselisih kereta. Tidak ada bas naik ke Bukit Fraser kerana jalan rayanya sempit, banyak selekoh berbahaya dan curam. Skala pembangunan dan keadaan fizikalnya memberi peluang kepada pengunjung untuk mendekati alam semulajadi. Bukit Fraser terletak kira-kira 1,500 meter daripada aras laut. Ianya seluas 28.049 km persegi.Kebanyakkan rumah yang terdapat di sini masih lagi mengekalkan ciri-ciri kolonial masa lalu seperti seni bina ala Todur dan suasana perkampungan Inggeris.
Perjalanan bermula pada hari Jumaat di mana mertua dan adik-adik ipar saya bertolak dari Melaka. Kami berjumpa di hentian Serdang dan seterusnya bergerak melalui MMR2 dan berjumpa dengan abang ipar di Ulu Yam.
Perjalanan diteruskan sehingga Kuala Kubu Baru sehingga ke Gap.
Alhamdullilah akhirnya kami selamat tiba di TM Resort Fraser Hill yang terletak di Jalan High Pine. Kesemua bilik di hotel tersebut telah pun ditempah untuk sepanjang 3 hari 2 malam kami di sana. Makan tengahari adalah nasi beriani, kurma kambing, ayam panggang dan sotong goreng tepung. Seperti biasa masakan ibu mertua membuka selera, bertambah dua pingan saya makan.Sejam kemudian abang ipar saya pula tiba dari kampung isterinya di Terengganu. Malam adalah aktiviti bebas. kami cuma menonton TV dan tido.

TM Resort Fraser Hill yang telah menjadi tempat penginapan kami.
Hari kedua.
Lawatan Pertama.
Pagi - berjalan disekitar banglo menghirup udara segar dan kemudiannya saya dan abang ipar serta Isteri + anak berjalan-jalan meninjau-ninjau tempat yang akan dilawati. Lepas Zuhur sekitar jam 2.30pm kami bertolak ke Allan's Water. Allan's Water ini merupakan sebuah tasik kecil yang dahulunya merupakan tempat takungan air bersih untuk kegunaan penduduk di Bukit Fraser. Tapi sekarang ianya tidak digunakan lagi dan telah dijadikan tempat beriadah. Para pengujung boleh menyewa Paddle board pada harga RM6 untuk 15 minit.
Isteri dengan Anak Buah Menaiki Paddle Board di Allan's Water Bukit Fraser.
Perjalanan diteruskan ke Pusat Bandar (kalau boleh dikatakan pusat bandar tapi lebih sesuai dipanggil Pekan). Pekannya agak kecil dan kebanyakan aktiviti di sini tertumpu di sebuah dataran yang mempunyai sebuah menara jam yang cantik. Kebanyakan kemudahan di sini terletak di dalam bangunan-bangunan yang terbina pada zaman penjajahan Inggeris. Hotel-hotel yang berdekatan adalah Puncak Inn dan Shahzan Inn selain terdapat pejabat pos dan juga kedai-kedai cenderamata.

Bergambar Beramai-ramai di Menara Jam Yang Menjadi Mercu Tanda Bukit Fraser .

Lawatan Ketiga.
Perjalan diteruskan ke Paddock yang membolehkan pengujung merasai aktiviti menungang kuda. Cuma perlu membayar sebanyak RM5 dan anda akan menunggang kuda mengelilingi trek yang disediakan.

Dihadapan Kuda yang dinamakan Rossy.
Selesai sahaja aktiviti tersebut, pulanglah kami ke Resort semula untuk persediaan malam nanti. Malam tersebut akan diadakan acara BBQ di belakang perkarangan resort.

Persediaan BBQ.
Hari Ketiga.
Merupakan aktiviti bebas. Masing-masing menonton DVD yang saya bawa manakala saya dan abang ipar ke kedai cendera mata untuk membeli key-chain dan magnet. Pukul 12.30pm kami pun check-out dan pulang ke rumah masing-masing. Maka tamatlah percutian hari keluarga kami. Cadangan for the Next lokasi Hari keluarga kami nanti ialah di Maxell Hill @ Bukit Larut yang terletak di Taiping, Perak.

0 comments:
Post a Comment