Pages

Tuesday, March 22, 2011

Hadiah Hari Lahir

Hujung bulan lepas ialah harijadi isteri saya. Puas juga memikirkan hadiah apa yang hendak diberikan kepada dia. Pada malamnya saya membawa dia dan Elman makan di restoran Red Wok , Bangi (Halal Chinese Steamboat). Wah..ramainya manusia. Dahlah hujan dan tak buat reservation. Akhirnya dapatlah kami meja setelah 10 minit menunggu. Malam yang sepatutnya gembira jadi spoillah pulak. Di Red Wok ada 2 jenis pilihan steamboat iaitu steamboat biasa dan Korean Style Sizzling Steamboat. Balik rumah.. hujan sudah berhenti, perut terasa tersangatlah kenyangnya... Huragghhhh ngantuk tak ingatlah beb..

Punyalah banyak pilihan menu..



Sebagai hadiah saya belikan dia sebuah mesin jahit Jenama Singer model 8280. Wah.. seronok betul nampaknya. Sekarang sedang sibuk-sibuk mencari kelas Jahitan. Malam tadi saya masuk tidur dulu bersama anak. Masa memanjat tangga ke bilik tidur, dia masih gigih menjahit tudungnya yang jahitan sudah terungkai.. Entah pukul berapa habisnya. Tak sedar saya pukul berapa dia masuk tidur. Pagi tadi sempat saya bertanya.. okey tak jahitan malam tadi... Bolehlah.. Macam tak okey je tu....

0 comments: