Pages

Tuesday, March 22, 2011

Pesta Belon Panas Putrajaya

Sabtu malam lepas, sempatlah saya berjalan-jalan (memandu kereta merentasi laluan tapak pesta) setelah pulang meraikan hari lahir Alang + Mak di Restoran Steamboat MAEPS.Kebetulan sampai di tapak pesta, baru sahaja selesai acara pesta bunga api dan orang ramai mulai beredar pulang ke rumah masing-masing. Perggghhh jem tak ingat. Letih tersangatlah badan saya nie. Tapi sempat pula berjanji yang akan ke situ lagi pada esok hari.

Ini adalah contoh gambar di tapak pesta yang saya cilok dari internet, Cantik betul....

Panorama 1


Panorama 2


Panorama 3


Pagi Ahad yang cerah yang kononnya mahu ke tapak pesta jam 9.00 pagi telah tertangguh ke pukul 11.00 pagi. Banyak betul urusan di rumah yang perlu diselesaikan.Namun bila samapi hampa sekali. Belon dah diturunkan. Cuma yang menjadi tumpuan ramai ialah ada satu belon yang tersangkut di tiang lampu.Puaslah bomba dan pertahanan awam berhempas pulas nak turunkan. Walau bagaimanapun sempatlah isteri membelikan Elman sebiji belon Ben 10. Cute betul. Bila letak di rumah seringkali saya terkejut apabila ke ruang tamu. Ingat ada orang lainlah pula dirumah...


Macam oranglah pulak

0 comments: