Semalam semasa di cafe tempat kerja saya terjumpa kawan lama yang sebelum ini pernah datang membuat audit di pejabat saya. Seteleh berbasi basa dia melahirkan rasa bosan akan kerjanya itu. Katanya kerja-kerja audit yang dilakukan memang bukan minat beliau. Beliau lebih berminat untuk membuat kerja-kerja lama yang bersifat teknikal. Mengantuk aku bila nak check satu-satu dokumen tu katanya..
Aku hanya mendengar sahaja keluh kesahnya hinggalah dia tiba-tiba berkata, heii jom kita tukar tempat. Aku rasa pejabat kau okeylah.. Masa aku pergi audit hari tu macam best jer. Saya cuma tersengih sahaja. Tapi bila memandu untuk pulang ke rumah, tetiba ajer pelawaan itu berlenggar-lenggar di kepala... Ahhh... malas untuk difikirkan.

Aku dan Rakan-rakan
0 comments:
Post a Comment