Pages

Wednesday, December 29, 2010

Percutian Singkat ke Kuantan

Swiss-Garden Resort & Spa Kuantan Pahang Malaysia adalah pantai resort yang berkelas dunia dan terletak di pantai yang masih asli di sebelah semenanjung timur Malaysia. Indah dan menawan dengan lambaian surga pohonan kelapa di hadapan air biru dari Laut China Selatan. Dengan penginapan mewah, kemudahan yang sangat baik, perkhidmatan yang penuh perhatian dan keramahan sebenar rakyat Malaysia, setiap tetamu akan diperlakukan seperti golongan bangsawan. Pelancong dan usahawan akan menemui pengalaman yang tidak dapat dilupakan di Swiss-Garden Resort & Spa Kuantan, Pahang Malaysia - petikan dari web site Swiss-Garden Resort & Spa Kuantan Pahang yang telah diterjemahkan mengguna terjemahan Pak Cik Google.

Itulah mukadimah bagi percutian saya ke Kuantan Pahang. Sebenarnya bukan percutian pun kerana saya pergi atas urusan kerja. Haiii.. dah le baru balik dari PPK terus kena pergi so dengan isteri dan anak sekali saya angkut ke sana. Alhamdullilah nasib baik si Elman tidak meragam sepanjang masa di sana. Aktiviti selesai pada hari Sabtu dan malamnya serta hari ahad tiada aktiviti. So sempatlah kami ke Teluk Cempedak. Lebih kurang 15 KM dari hotel penginapan. So inilah antara gambar yang sempat kami ambil.

Elman dan Umminya di Teluk Cempedak.



Perggghhh..jangan tengok yang pakai baju biru.. tengok belakang dia yer. Air Laut Teluk Cempedak.


Elman Raimi.. Belum sempat mandi nie dah pergi Teluk Cempedak..



p/s: Jangan terpengaruh dengan mukadimah tu.. Tu ayat iklan jer.. pergi dulu baru tahu best ke tidak...

0 comments: