Pages

Thursday, March 18, 2010

Hepi Birthday Ajis

Hari nie ialah Birthday kawan saya. Nama dia Ajis (bukan nama sebenar). Nama sebenar dia Abdul Aziz bin Saad. Hari ini umur dia genap ..tutttt..tutttt. Nak cakap tak? Tak yah..korang teka sendiri.

Diam tak diam dah 9 tahun saya berkawan dia Mr. Ajis nie.. Ialah sejak 2001. Masa tu kami sama-sama bekerja di Syarikat OEC Sdn. Bhd. iaitu vendor kepada TNBD. Kami kat situ buat sistem dalaman untuk client kami iaitu TNBD dan TNBD nie pula user dia adalah pegawai dan kakitagan TNB. Kalau tak silap si Ajis nie projek dia ialah buat sistem OVIS - Over Voltage Information System. Start dia masuk sampai dia keluar sistem dia tak der lagi user pakai. Asyik dalam development jer. Yang menariknya masa kerja kat TNBD tu kami selalunya ada meeting progress dengan user (Pegawai TNB). Masa meeting tu macam-macamlah user minta nak buat.Selalunya masa meeting tu kita akan present apa yang user minta masa previous meeting. Selalunya bila abang Ajis show his work pasti smooth giler.. tak der problem tapi bila dia dah keluar dari OEC, kakak yang take over sistem dia pening cause masa dia dia present ada jer error yang keluar. Sampaikan user (Pegawai TNB) tu kata, "Dulu masa Aziz tunjuk kat kami okey jer.." Ropa-ropanya Abang Ajis telah melakukan silap mata.. dia telah letakkan spesifik value jer untuk modul tu then bila dia klik sistem dia tu, dia pakai value yang dah ada tu jer. Kalau pakai value lain mesti ada error. Hampeh tul Abang Ajis..

Satu lagi kisah.. Pernah sekali masa tu Agung tengah gering so kalau Agung mangkat kita orang dapat cuti esoknya tapi abang Ajis siap berdoa lagi agar Agung dipanjangkan usia cause lusanya tu dia kena present dia punya sistem. So kalau cuti dia kena datang jugak untuk buat kerja-kerja dia yang tak siap. Bertapa mulianya hati abang Ajis mendoa kesejahteraan Arwahyarham DYM time tu. Tapi Agung mangkat jugak. Satu Malaysia cuti tapi Ajis kena datang kerja jugak. He..he.. Tapi masa kat OEC saya taklah rapat sangat dengan Si Ajis. Masa tu saya teramatlah skemanya. Asyik terperap buat proramming jer...Okeylah yang saya cerita pasal zaman dulu kala nie apahal lah pulak kan...

Masa masuk kerja gomen .. Secara kebetulan Abg Ajis pun ditempatkan di agensi yang sama. Nasib baik ada dia, so adalah kawan saya. Abg Ajis nie jenis yang tak pandai marah. kalau dia marah pun dia akan mendiamkan diri jer.. Teknik mendiamkan diri nie sebenarnya makan dalam jugak. Pernah sekali saya kena. Masa tu pergi outsation ke Kelantan, sepanjang perjalanan 8-9 jam dia diam jer bawak kereta. Rasa masa tu macam nak terjun jer dari kereta dia... Ha..ha.. Walau apapun abang Ajis jenis yang tepati janji. Kalau kata boleh datang dia akan datang. Kalau pukul sekian2 dia kata dia datang, pukul tulah dia datang. Dan dia susah nak kata TIDAK dan jenis tak hipokrit. Kalau tak suka dia akan buat muka tak suka. Jenis tak reti nak berlakon.So tak der harapanlah nak jadi artis.One more dia tak suka kutuk orang. Tapi saya selalu jugak provoke dia suruh kutuk orang dan selalunya kami akan sama-sama kutuk mak tiri.. He..he...

Oh.. Ya Abang Ajis nie merupakan salah satu geng 4 Abang yang ada 2 kegiatan utama iaitu 4 abang ke luar negara dan 4 abang jalan-jalan cari makan. Tapi sekarang aktiviti 4 abang macam dah tak jalan lagi cause semua ahlinya dah berterabur, dah tak satu bangunan.Perancangan nak pergi Hong Kong tahun nie pun tak mendapat sambutan yang mengalakkan. Masa kerja kat tempat sama dulu kami suka pergi outsation bersama cause kitaorang bleh pecah bil hotel dan boleh dapat bilik paling besar dan mahal sekali. So kalau nak pergi sendiri tak termampu pulak nak bayar. Kalau outstation dengan Mc Na, mana boleh share bilik, karang masuk paper lak kena tangkap basah. He..he..

Bersama-sama abang Ajis banyak kenangan pahit dan manis dilalui bersama (cis ayat macam lirik lagu). Selalunya dialah yang tunggu sekali kat opis kalau saya kena kerja bila ada masalah tengah-tengah malam. Dia tak kisah kalau nak minta tolong. Oraiitttt jer.. macam saya cakap tadi yang dia ni selalu susah nak cakap TIDAK. Selepas saya cuti belajar, jarang ada aktiviti dengan Si Ajis. Almaklumlah lepas tu dia dinaikkan pangkat tempat lain. Dan sekarang nie bila saya masuk kerja pun lagilah susah nak jumpa. Bila saya kenang balik kenapalah si Ajis ni boleh jadi kawan baik saya sebab minat kami amatlah kontra sekali. Dia minat bersukan, saya tak ler berminat nak bersukan, Dia kurus keding saya tough, dia tak hensem tapi saya hensem (he..he..)..ha..ha.. macam-macam lagilah kontra antara kami.

Dalam Flight Nak ke Tokyo


Okeylah setakat tu jer cerita tetang si Ajis nie.. Walau bagaimana pun di kesempatan ini saya nak ucapkan:-

" Selamat Hari Lahir dan moga panjang umur, dimurahkan rezeki dan mendapat jodoh seperti idaman hati...."


p/s: Entry ini telah dibayar oleh Ajis.... He..he..

0 comments: