Hari tu saya ambil diari-diari lama kat rumah abang lang saya kat Nilai untuk bawa balik ke rumah (baru berkesempatan nak ambil setelah sekian lama aku pindah rumah). Masa kemas-kemas tu.. Saya selak balik diari2 tu.. Haiii.. Seronok gak imbas kisah-kisah lama yang pernah berlaku. So saya terpikir lak, apa kata saya listkan peristiwa yang pernah berlaku pada tarikh yang sama bermula pada tahun 1996 (tahun saya tulis diari dengan rasminya) hingga 2010. Apa yang berlaku ekkkk . Pada tarikh 23 MAC …23 Mac 1996 (Sabtu) – Asasi Sains di UM
Cuti semester dah bermula. Semalam last paper untuk semester nie. Kertas Amali Fizik bolehlah jugak jawab. Okeylah. Pagi bosan giler. Tak der kerja nak buat. Air kat asrama kecil sangat. Macam air kencing… Tengok TV kat lobi asrama. Telefon mak kat kampung… Haiiii.. Boring giler kat sini.. Tapi esok.. Yahoo..Nak balik kampung.
23 Mac 1997(Ahad) – Asasi Sains di UM (last semester)
Cuti semester dah bermula. Balik kampung hari nie. Janji akan jumpa Rahim & Faka kat Puduraya. Sepanjang cuti nie kami akan ada projek Le Tour d’ Malaysia. Memula kami akan ke Melaka (rumah aku) kemudian ke Pahang (rumah Faka) dan lepas tu ke Kedah (rumah Rahim). Naik bas ke Melaka dari Puduraya ke Melaka jam 3.00ptg. Pukul 5 ptg sampai Melaka.
Malam: Pergi rumah mak cik..
1999 & 2000 – Diari tidak dijumpai…
23 Mac 2001 (Jumaat) – Setelah tamat belajar di UM
Pergi temuduga abang lang bawak. Ada ujian bertulis. Kena buat flow chart. Entah apa-apalah yang aku buat. Interview ni kat Jalan Klang lama. Jawatan Analyst Programmer.

Rasa macam tak der harapan. Balek interview gi Asrama Pantai Puri, UM jumpa Mat Nor.
23 Mac 2002 (Sabtu) – Kerja di OEC
Pagi sampai opis, si Tini dah ada. Kerja… tolong Pardon create database. Pahtu baru aku guna line Pc untuk create projek. Fuhhh.. yoooo laju giler biler nak create projek.
Tengahari: Bosan giler.. Lepak2 pastu pukul 1.00ptg balik. Sampai rumah air masih tiada… Lepak tengok filem Crimson River.
Petang: Lepak2 ajer..
Malam: Tengok cerekarama citer alamak bosan giler. Lawak bodoh habiss.. Dah tu tak der citer lain terpaksalah tengok jugak. Hujan turun dengan lebatnya..
23 Mac 2003 (Ahad) – Kerja di IMM

Wahh!!! Kejapnya dah hari Ahad. Emmm esok kerja.. Bosannya..
23 Mac 2004 (Selasa) – Kerja di IMM
Pergi melawat opis baru di Putrajaya naik kereta Joe … sekali dengan Ajis dan Alyne. Tujuan lawatan untuk tengok data center di sana. Ke hulu ke hilir cari data center tu. Last2 baru jumpa kat tingkat 6. Besar giler. Balik makan kat Subang Jaya – Nasi beriani JM. Lepas tu balik opis punyalah letih. Rasa macam nak tidur jer..
Petang: Ada meeting pasal reka letak server kat data center tu. Pahtu mak tiri dengan tak semena-mena join pulak. Alamak menyampahnya aku. Tak best langsung. Mak tiri macam cipan jer peel dia. Macam bagus sangat.
Malam: Letihnya.. kemas barang pasal esok aku kena pergi Hotel Holiday Villa kat Subang jaya. Ada aktiviti HTP bersama pelanggan.
23 Mac 2005 (Rabu)
Server SHAE problem. Kesian Kak Roszai. Memacam masalahlah pulak. Stay back sampai pukul 9.00mlm.
Dpt msg dari Hanim. Pahtu balas. Balik rumah, mandi, solat & tido.
23 Mac 2006 (Khamis)Pepagi Boss dah telefon. Ada masalah kat LCCT. Buat aku pening kepala jer..
23 Mac 2007 (Jumaat)
- Tiada Catatan-
23 Mac 2008 (Sabtu)
- Tiada Catatan-
23 Mac 2009 (Isnin)
Emm .. bangun awal.
Pagi tak produktif lansung. Lepak2 ajer. Tak der kelas malam nie. Yahoo…
Betulkan tayar basikat dan beli brek basikal. Bawak mak pergi klinik gigi untuk check acuan gigi yang mak buat 2 minggu lepas. Lepas tu bawa mak masukkan duit pencen kat BSN. Punyalah ramai manusia.
Malam: Keletihan melampau.. nak tengok ulangan CSI yang aku terlepas semalam pun rasa macam tak der mood ajer. Tido malam panas sangat. Sampai basah2 baju berpeluh. Terpaksa buka baju. Tapi pukul 2-3 pagi, terpaksa pakai baju balik sebab terasa sejuklah pulak..
23 Mac 2010
Masih lagi bernafas. Alhamdullilah. Baru aje habis update blog ni.
2 comments:
Hehehe...teringat semula masa dok lepak kat ADK & DKU dulu...
Yelahhh.. tapi kita jarang atau tak pernah kena attend kuliah kat DKU. Budak2 hayat jer yang conquer..
Post a Comment