Lama betul tak bersiaran. Sejak dua menjak nie kesihatan saya tidak mengizinkan untuk datang bekerja so tak sempatlah nak up-date kat blog ni. Maklumlah kat rumah belum ada kemudahan lagi untuk mengakses internet. Pernah tak korang kena penyakit mata? Seksa tak. Minggu pertama saya kena penyakit mata nie saya dapat mc 4 hari. Terkena pada mata sebelah kanan. Amatlah menyakitkan. Minggu kedua pula dapat lagi 3 hari cuti dan telah terjangkit sedikit pada sebelah kiri. Sepanjang karier saya bekerja belum pernah lagi saya mendapat cuti sakit sebegini lama.
Hampir 2 minggu saya terlantar di rumah. Namun dalam kesihatan mata yang tidak mengizinkan itu dapatlah saya mengemas rumah dan menguruskan diri untuk ke majlis konvoksyen. Memandangkan saya masih lagi dalam tempoh berpantang tak boleh bercuti rehat selama 28 hari dari tarikh lapor diri, secara tak lansung mc saya nie menjadi kebetulan yang amat bernilai. Mana nak dapat cuti macam nie, saya konvo hari selasa, Doktor kat klinik P9 tu bagi MC hari Selasa, Rabu dan Khamis. Best tak? Best, best jugak tapi kesakitan mata tu membuatkan keselesaan dan ke'best'san yang ada itu agak berkurangan. Carilah saya kat mana yer disebalik Jubah-jubah Maroon tu. Wan, jubah UM lagi best rasanya.
Hari-hari terakhir di bulan Syaaban ini amatlah meriah dengan aktiviti makan-makan. Sepanjang minggu ini tidak perlulah kami pergi makan kat cafe.
Okeylah nak stop sampai sini dulu. Ada panggilan jamuan di Seksyen pentadbiran pula nie.. he..he..
2 comments:
Wah Bob..Aku baru sekali je naik pentas. Ko dah dua dah kali ni.....jelesnya akuu...hehehe
Aku pun rasa jubah UM lagi "besh" & kelass laa..Opss..tak buleh kutuk lelebih nanti kena babab ngan bebudak UPM hahaha...
p/s : Apasal nyorok kat belakang2..??Bagus ko pakai spek itam kalau ko concern pada org lain...
Biasa je Wan nak naik pentas buat kali ke-2 nie. Feeling dia tak sama macam macam first time naik dulu.
Mmg tak best lah jubah dia. Kalau budak diploma lagi hazab aku tengok jubah dorang. Macam baju Zombie kampung pisang jer...
Aku mmg pakai spec hitam tapi dalam dewan tu tak leh pakai lah. Karang kena halau keluar lak...
Duduk belakang pasal nak cover mata merah tu.. He..he
Post a Comment