Apa perasaan anda bila ibu mertua datang ke rumah anda yang kosong dan lengang. Esoknya ajak ke kedai perabot dan kemudiannya membelikan anda dengan set tidur lengkap dengan tilamnya sekali. Ditambah pula dengan satu set katil siap dengan tilamnya sekali di blik tetamu. Tetiba pula bapa mertua mengeluarkan duitnya pula untuk membeli set kerusi makan untuk anda. Sedang anda dalam dilema tetiba abang ipar pula menambah RM 500.00 untuk pembelian set sofa diruang tamu. Dua hari sebelum itu pula, abang kandung anda pula telah menempah sebuah peti sejuk 2 pintu untuk diletakkan di dapur rumah anda. Bagaimana perasan anda. Suka? Gembira? Mahu menolak? Ataupun serba salah? Saya pun tak tahu nak berkata apa-apa. Rasa ingin sahaja melarikan diri dari memikirkannya. Duduk keseorangan berada di dalam zon yang tersendiri.
Wah... Cantiknya. Dapat lepak kat sini best jugak ni rasanya ...
2 comments:
Err...kalau aku rasa serba salah tak hengat...mana nak larik ni...
Tulah... aku pun camtu gak..Karang tolak takut kecil hati.. Serba salah betulah...
Post a Comment