
Hi, Helloo.. Manakemmm.... Lama betullah saya tak updated blog nie.. Entahh sejak-dua menjak nie rasa macam malas giler. Nak buat final projek pun terbata-bata. Malas tahap gaban zek potong dua. Kali nie saya nak produce entri yang gila-gila sikit. Up-date apa aktiviti yang saya buat 2-3 minggu nie. Last weekend saya balik kampung. Ada kenduri kahwin saudara dan juga kena pergi kedai andaman pengantin untuk ukur baju dan tempah sewa pelamin. Memang leceh betulah kalau nak kahwin nie. Memacam nak kena buat. Mak saya pesan suruh setelkan awal-awal kerana kenduri kahwin saya nanti masa cuti sekolah dan kemungkinan ramai yang akan kawin nanti. Sebagai seorang anak yang mendengar kata terpaksalah saya pergi juga Ahad lepas. Mujurlah butik andaman pengantin tu tak le jauh dari rumah saya. Saya bawak sekali my youngest sister temankan pergi dengan my fiance. Kalau korang dah kawin atau nak kawin korang rasalah azab nie sumer. Kad jemputan kawin pun belum tempah lagi nie.. Errggghhhh.. tensionnya... Ahad lepas ajer saya bersalam cium tangan bakal bapa mentua saya 3 kali. Maklumlah bakal mennatu mithali... Haa..Ha..
Semalam di surau tempat tinggal saya sudah ada kelas Fekah selepas solat magrib. Minggu lepas diadalan kelas tauhid. Bagus betul. Dah le free. Dapat kitab pulak. Tu tapi semalam kitab tak cukup. Kata Ustaz yang mengajar tu, minggu depan dia akan bagi lagi. Ustaz Faisal dari KUIS tu akan mengajar setiap hari Selasa. O..ya di taman saya nie juga minggu lepas ada kematian. Anak abg khairul.
Saya pun tak sure nak panggil abang ke pak cik. Kalau ikutkan umur dia dah 52 tahun. Kat taman saya nie semua pak cik-pak cik yang saya jumpa dan berkomunikasi dengan mereka saya bahasa diri dioarang abang jer.. tak kisahlah diaorang tu dah pencen ke belum.. Entah, macam ada krisis indentiti umur lak.. tapi yang pasti dioarang masih ingat saya nie dalam peringkat umur 20-an lagiii.. Hahh.. awet muda betul.. Okey, melencong pulak.. Anak abang/ pak cik Khairul yang meniggal tu baru sahaja berumur 21 tahun. Masih lagi belajar di USIM dalam bidang perubatan. Mengidap leukemia jenis apa tah..lupa pula saya. Menurut beliau penyakit arwah anaknya baru sahaja dapat dikesan 2 bulan yang lepas dan dikesan ianya berada dalam tahap yang kritikal. Terpancar kesedihan di wajah beliau bila bercerita tentang arwah anak perempuannya itu. Sedar atau tidak, secara langsung setiap yang hidup pasti akan mati dan kita tidak akan sedar bila kita akan dijemput menghadapNya. Kita sering lupa akan saat kematian kita semakin hari semakin hampir keran aterllau mengejar kenikmatan dan kesibukkan dunia.
Saya sempat mengikut upacara pekebumian jenazah arwah yang telah dilakukan di tanah perkuburan Batang Benar. Agak terkejut juga kerana kawasan perkuburan tersebut terletak di seberang landasan komuter. Maknanya untuk ke tanah perkuburan pelawat kenalah merentasi landasan komuter dan keretapi KTM. Agak pelik juga.
2 Minggu lepas pula ada majlis perkahwinan di ini. Grand Continental betul. Khemah/ Canopy untuk tetamu sahaja ada 10 buah dan tidak termasuk khemah di dalam rumah. Perkahwinan ala-ala taman. Konsep hijau bersama-sama ranting kayu. Mahu menelan belanja puluh-puluh ribu ataupun mencecah ratusan ribu RM juga tu. Kalau saya memang tak mampulah nak buat majlis besar-besaran sebegitu rupa. Namun jika kita tengok pergaulan sosial dan komunikasi tuan rumah baik lelaki ataupun perempuannya dengan jiran-jiranya amatlah sederhana dan down to the earth. Memang tawadhuk. Moga saya juga mempunyai sifat sedemikian rupa. “Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.” -Kata hikmah Khalifah Abdul Malik bin Marwan-
Okeylah. Cukuplah buat kali ini dahulu. Hopes this is a good start for me to keep posting the entry regularly...
p/s: The Bani Blog nielah yang membuatkan mood saya untuk memosting entri kembali semula. TQ Bani Blog....
0 comments:
Post a Comment