Maaflah tiada kesempatan hendak menghantar posting dengan kerap. Masa rehat terlalu singkat. Kelas macam biasa. Banyak benda baru dan sukar nak fahami. Dua hari lepas kami dibawa untuk shopping dan sight seeing. Shopping di bandar Nanjing bagi membeli barang kulit, kain dan cenderahati.
Hujung minggu ini pula kami dijadualkan akan dibawa pergi ke kedai barangan elektronik. Ada apa yang hendak dikirim? Survey pendrive kat bandar tempohari mahal juga harganya. 2 GB pendrive bersamaan Yuan 100= RM50 (lebih kurang). Barang-barang di sini jika mahu dibeli, kena ditawar dahulu. Kena cakap "Tai Guale" yang bermaksud mahal (asyik tawar cakap benda tu aje...ha ha ha). Masalah bahasa memang merupakan satu perkara utama yang membataskan kita untuk berkomunikasi.
Entrance to the Presidential Palace in Nanjing
Semalam kami dibawa pergi berjalan di sekitar bandar Nanjing. Melawat Presidental Palace(lebih kurang macam muzium) dan juga XuanWu Lake. Oklah tahu juga serba sikit sejarah bandar Nanjing selepas lawatan ke Presidental Palace.

XuanWu Lake, Nanjing
Di tasik XuanWu itu terdapat tempat permainan kanak-kanak (Children Paradise). Jika ada budak-budak enjoylah juga. Kawasan tasik ni besar tapi kena naik trem kira-kira 20 Yuan untuk 20 minit. Agak mahal juga tambangnya (kena tawarlah). Jadi alternatif lain yang terbaik ialah berjalan kaki.
Oklah nanti story lagi. Kelas hampir bermula!!
Salam dari
Nanjing, China