Pages

Sunday, September 21, 2008

Catatan Seminggu Berbuka Puasa

Sedar tak sedar kita telah melangkah ke 10 Ramadhann terakhir. Sepanjang minggu ini saya berbuka 6 hari di luar. Insya Allah cuma hari ini saja saya berkesempatan berbuka di rumah. Sewaktu berbual-bual santai dengan Mak, beliau komplen yang hampir seminggu saya tidak berbuka di rumah. Walaupun pun ucapan dituturkan dalam nada yang biasa tapi bagi saya itu adalah keluhan seorang ibu yang tidak harus dipandang ringan. Emm.. by hook or by crook haruslah saya berbuka di rumah. Tidak sanggup saya menjadi watak utama pelakon drama Akukah Tanggang! Berikut merupakan aktiviti berbuka sepanjang minggu ini. Saja nak share kat sini. Tengah dalam keadaan yang boring gila nie.

Isnin (15 Ramadhan)
Berbuka puasa bersama-sama rakan lama di pejabat lama (ajis, Joe, Sopi and 2 others Adukomers). Lama sungguh tidak berjumpa dengan mereka ini. Saya membawa nasi lemak dan sandwich. Dan rakan-rakan di opis membeli sedkit kuih-muih sebagai sampingan dan juga air.  Saya rasa bersalah juga takut-takut makanan yang saya bawa tidak cukup untuk juadah berbuka. Alhamdullilah semua dapat merasa dan  habis dimakan. Tiada pembaziran berlaku. Ramai memuji sambal nasi lemak yang saya bawa. Dalam senyum saya berterima kasih kepada emak yang menyediakan juadah berbuka tersebut di dalam hati.

Selasa (16 Ramdahan)
Ada kelas. Kenalah berbuka di falkulti. Hari selasa juadah berbuka ditaja oleh Lecturer. Terima kasih Dr. Kali ini nasi jagung dan juga kurma daging. Sedap juga walaupun saya tak makan daging tetapi kuahnya dan potongan kentang didalam nya membuka selera. Habislah diet saya dan rakan. Oh.. diam tak diam. Saya telah kehilangan 4 kg sepanyang 16 berpuasa tahun ini. Di harap angka penurunan ini berkadar terus dengan jumlah hari berpuasa dan hinggalah bila-bila.

Rabu (17 Ramadhan)
Tiada kelas tapi saya berbuka di luar bersama si dia. Tiada komen selanjutnya. Masih terlalu awal untuk berkongsi rahsia.

Khamis (18 Ramadhan)
Ada kelas. Juadah bawa sendiri. Nasi goreng menjadi pengalas berbuka. Alhamdullilah rezeki yang dikurnia.

Jumaat (19 Ramadhan)
Ada kelas. Kelas bermula awal dari waktu biasa. Jam 5.30.  Jam 6.45pm terima pangilan Ajis (012).

012 : Bro, kau kat mana?
013 : Aku ada kelas nie.
012: Okey aku ngan Nyoue nak ke Serdang. Nanti berbuka dengan kitaorang.
Lepas tu telefon dimatikan.

Lecturer di depan sedang membincangan tentang topik Sequential Patern Mining. Berselirat gambarajah dengan anak panah nie. Dah tak boleh fokus..
Terus saya sms ...

013: Bro, nak berbuka kat mana ni? Aku break pkl 7 pm.
012: Nak makan apa woi, nak order nie?
013: Kau kat mana ni? Aku tak paham planning kau nie?
012: Aku kat Serdang la. Nanti dtg la. Kat kedai tomyam. Kau nak makan apa cepat?
013: Ok. Nasi goreng ayam. Air fresh oren.

Ya, tuan-puan. Saya beranggapan yang diaorang yang akan datang ke falkulti membawa juadah. Saya turun ke cafe bersama bekal yang dibawa. Selang 2-3 sebelum azam magrib saya terima sms.
012: Kluar Uni, amek kiri, terus ja, kedai makan lepas trafik light ke 2. Tepi jalan sebelah kiri.

Aiiittt.. terkejut gak saya. Terus telefon.
Woii.. aku kena pi sana ker? Ingat korang datang sini. Alamak aku takut tak sempat lah. Kitaorang break sampai jam 7.45pm jer. Sorilah aku tak dapat datang. Hah.. kau dah order.. Alamak tak boleh kensel ker. Sori, aku letihlah nak keluar. Sori ekkk..
Telefon di sana dimatikan.

Alamak. Kes salah paham ler. Saya berbuka macam biasa. Lepas solat masuk ke kelas. Tetiba rasa bersalah. SMS lagi.

013: Bro, aku mintak maap tak dapat join korang. Aku salah paham msg kau tadi. Ingat korang nak datang sini. Send my apologizes to others.

Tiada balasan. Emm.. raya nanti hantar SMS mintak maap jelah. Malas nak pikir lagi.

Sabtu (20 Ramadhan)
Dapat e-mail dari geng-geng (lelaki) degree Sains Komputer UM, 4 hari sebelum ni. Nak diadakan majlis berbuka puasa bersama-sama. Sudah 3 tahun dibuat. Tahun lepas tak dapat join kerana balik kampung. Tahun -tahun sebelum tu pun tak join jugak. Tahun nie nak atau tidak kena juga join. Lama betul tak jumpa diaorang. Konsep port luck dan di buat di rumah kawan (Shimack) di Presint 11, jalan P 11H/2. SMS mH tanya kat mana area P11 H/2. Tak der balasan. SMS Mak Cik Anis dan nasib baik dia bagi clue. Dapat balasan msg mH jam 8.34 pm. Selepas saya sedang terlantar kekenyangan di sofa rumah rakan di situ. BTW thanks also to mH. Rakan-rakan, masing-masing membawa anak dan isteri. Saya sorang je solo. Bawa anak tekak jer. Juadah yang saya bawa karipap dan agar-agar santan. Hasil tangan mak saya. Karipap menjadi pujian. Terima kasih mak. Oh..Asue. Karipap ini dipintal mengunakan tangan yer bukan pakai acuan. He..he.. Masing-masing semua bertanya bila nak berdua. Dalam tak sedar saya berkata tahun depan. Ishkk.. mulut nie memang tak boleh dikawal. Harap-harap masin le mulut saya nie.

Balik rumah jam 10.00pm. Dalam memandu pulang terlajak sampai ke Cyberjaya. Berangan naik pelamin le nie. Hampeh betul..

Tu jelah. Kisah saya 6 hari berbuka sepanjang minggu nie. 6  hari lagi, saya akan berbuka di kampung pula. Yahoo.....

0 comments: