Nota: Sebelum tuan/puan membaca posting saya ini adalah diingatkan tujuan posting saya ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk ataupun kata orang nak 'eksyen'. Niat saya adalah untuk berkongsi pengalaman serta secara tidak langsung ia dapat membantu saya untuk menulis kembali memori saya dalam bentuk digital. Sebelum ini ianya ditulis secara manual sahaja. Harap maklum.

Selamat Sore Pak!
Itu adalah mukadimah bagi catatan Perjalanan Pertama saya ke luar negara iaitu ke Medan, Indonesia. Saya terpilih ke Indonesia ini bagi melaksanakan Projek Sistem Pengurusan Pendatang Tanpa Izin (Pati) Kaedah Biometrik di One Roof Centre Belawan, Indonesia pada tanggal 21 Februari – 25 Februari 2005.
Seronoknya. Sebab kali pertama buat pasport. Dapat claim balik pulak tu. Apa yang saya kena buat? Emmm.. saya bagi mukadimah sikit lah...Tugas utama saya ialah menguruskan serta memastikan penghantaran perkakasan ICT Bagi Sistem Biometrik di Belawan selamat tiba di ORC Belawan serta pegawai yang ditugaskan dikehendaki memasang perkakasan ICT bagi sistem ini untuk kegunaan Pegawai yang bertugas. Sepanjang waktu itu, saya telah menginap di Hotel Best Western Asean. Duduk sorang satu bilik. Oh..yang paling best nyer dapat duduk di Bussiness class dalam pesawat MAS. Siap saya pi sarapan di Golden Lounge lagi sebelum tu di KLIA. First time beb.. Habis semua saya sumbat dalam perut.
Sedikit info pasal Medan
Medan adalah ibu kota provinsi Sumatera Utara, Indonesia. Ia adalah kota terbesar di Sumatera. Medan bersempadanan dengan wilayah Deli Serdang di sebelah barat, timur, dan selatan dan dengan Selat Melaka di sebelah utara. Penduduk asli kota ini adalah orang Karo dan Melayu, tetapi pada masa kini, Medan merupakan kota multi etnik yang menarik. Majoriti penduduk kota Medan sekarang adalah suku Jawa dan Batak, tetapi di kota ini juga terdapat penduduk keturunan India dan Tionghuoa. Komuniti masyarakat Tionghoa di Medan cukup besar, yakni berjumlah sekitar 25%.
Oh..ya masa saya datang ke medan ini, terminal lapangan terbang agak sibuk sedikit disebabkan oleh bantuan sukarelawan yang tiba untuk membantu bumi Acheh yang ditimpa musibah tsunami. Bumi Acheh tidak jauh dari Medan dan Lapangan Terbang Bandara Polonia, Medan ini merupakan lapangan terbang utama yang berdekatan dengan Acheh. Saya telah Tiba di Medan bersama seorang lagi rakan sekerja dan telah berjumpa dengan Konsulat Muda di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia dan kami telah menerangkan kepada beliau mengenai aktiviti yang akan dijalankan di Konsulat Jeneral Medan serta di ORC Belawan.
Kemudian ada ke dia suruh saya pergi sendiri ke Pejabat Departemen Tenaga Kerja dan Transmigrasi dan berjumpa dengan Ketua Pejabat bagi membincangkan infrastruktur pejabat di Belawan. Hampeh betul. Nasib ada driver tolong hantar. Jumpa ketua kantor kat situ. Ibu tah apa ke benda namanya. Tak ingat. Kemudian telah ke ‘One Roof Centre’ (ORC) di Belawan, Indonesia yang terletak di Rumah Detensi Imigrasi Medan yang terletak kira-kira 50 minit dari Bandar Medan. Memula lalu highway pahtu masuk kampung-kampung nie, siap rentas landasan keretapi lagi. Kalau kena pi sorang nie, mahu seram jugak nie.
Sampai jer tak der meja dan kerusi. Camna nak pasang komputer. Kena tunggu esok jelah.. Esok tu barulah perabot sampai. Majlis perasmian ORC di Belawan Indonesia oleh Duta Besar Indonesia di Kuala Lumpur telah diadakan esoknya pula. Sistem pulak ada problem Hampeh betul. Lepas tu kena meeting sikit dengan Duta pulak. Dah le dalam ramai-ramai rombongan tu aku yang paling tinggi gred jawatan. Seram sejuk badan gue. Malam tu tengok TV di hotel, ada muka gua beb dalam berita TV Indonesia!
Sepanjang kat sana, terseksa jiwa raga saya nie.
Dengan masalah sistem lagi. Tapi sempat gak gi shopping. Siap beli telekung lagi. Nasib baik ada disediakan van dengan driver yang hantar pergi dan balik kami semasa di sini. Cara pemanduan kat sini tak tahu nak cakap. Kalau saya agaknya bawa kereta kat sini, boleh accident tiap-tiap hari. Main hon je kalau nak potong. Boleh cilok jalan sebelah pulak tu. Kami yang dalam van tu berdebar-debar jer tiap kali dalam perjalanan.
Tak sempat nak ke mana-mana pun. Jadual ketat. Konon nak pi Acheh atau Bukit Tinggi pun tak sempat. Berdekatan dengan hotel kami ada mini supermarket. Sempatlah saya pergi sensorang pada satu malam beli makanan ringan. Semasa perjalanan pulang (jalan kaki) terdapat sekumpulan kanak-kanak (2 lelaki dan satu perempuan) meminta sedekah di tepi jalan raya besar. Rasa simpati yang amat sangat. Sempat mereka mengucapkan terima kasih Ommm pada saya. Tiba-tiba teringat anak-anak saudara saya di tanahair. Balik hostel terasa sedih dan sayu. Sudah malam. Masih lagi mereka mengemis di tepi jalan dengan keadaan pakaian yang tidak terurus. Mana perginya ibu bapa mereka?
Selepas 5 hari kat sana saya pun pulang ke tanahair. Tamatlah perjalanan ke luar negeri saya yang pertama. Walaupun agak huru hara tapi meninggalkan seribu satu kenangan yang sukar diungkap.
0 comments:
Post a Comment