
Saya akan mula bercuti (dimaksudkan sebagai: mengemaskini blog) mulai 23 hingga 26 Mei 2008. Esok saya akan ke rumah kakak saya dan pada 24 hingga 26 Mei 2008 pula... Yahoo!!!!.. Saya akan ke Port Dickson bagi menghadirkan diri ke Hari Keluarga peringkat keluarga sendiri lah. He..he.. Tahun ini diramalkan akan lebih meriah disebabkan semua ahli keluarga dapat berkumpul bersama. Abang saya yang berada di Pulau Pinang pun akan turut serta.

Oh..bercakap pasal hari keluarga saya, ini merupakan kali ke-3 ianya diadakan sejak tahun 2006. Tapi tempat sama juga. Semua sebulat suara mengundi untuk ke Tiara Beach Resort. Kata mereka hotel ini dekat selain laut buatannya lebih bersih dari pantai Port Dickson sendiri. So pemilihan tempat pastinya mengikut majoriti.
Tahun ini ada istimewa sedikit kerana saya dengan sukarelanya akan menganjurkan sukaneka untuk anak-anak saudara saya dan juga games untuk setiap famili. Tapi malangnya jawatan kuasa Induk tidak dapat menyediakan peruntukkan wang untuk acara ini kerana bayaran setiap ahli cuma cukup untuk bayaran penginapan dan makanan sahaja. Kena le saya jadi penaja untuk segmen ini sendiri. Hamper dan hadiah telah pun siap dibeli dan dibalut. Nasib baik elaun dah masuk.:)
Bagi saya selain dari keseronokkan bermain, sukaneka ini juga dapat mengeratkan tali persaudaraan sesama keluarga dan juga menambahkan lagi keyakinan mereka (kanak-kanak ler). Emmm.. siap bagi objektif lagi ni. Harap-harap dapat sambutan ler. Jangan saya pula yang lebih excited dari diorang nanti. Kot-kot mana tahu dah nampak air di kolam, tanah di darat pula dilupa. Hadiah dah beli nie. Harus saya karate sorang-sorang nanti!
p/s : Kalau ada masa dan kelapangan, akan ada laporan selepas hari keluarga ini nanti. Daaaa.......
0 comments:
Post a Comment