Pages

Tuesday, March 11, 2008

Vb.net dan Vb 6


Satu ketika dahulu tidak kutahu langsung tentang kedua-dua perisian ini (oppss VB 6 pernah le guna juga tapi belajar suka-suka sahaja). Kini setelah terdesak menggunakannya baru ku ”explore” untuk menggunakan. Hah! Manusia (aku le tu). Dah terantuk baru nak tergadah. Punyalah banyak masa sebelum ini, sekarang inilah baru nak belajar. Tapi apa yang aku tahu kepuasan mempelajari sesuatu yang diminati itu melebihi segalanya. Oklah.. tidak boleh berlama-lama menulis, tugasan untuk projek Agen Perisian sedang menunggu. Opss ..bercerita tentang agen ini, semalam dalam masa kuliah subjek ini telah berlangsung sempatlah bergurau dengan rakan sekuliah. Kot-kotlah ada orang lalu diluar kelas ketika itu mesti diorang ingat yang kami ini sedang mempelajari kelas risikan. Yelah, pensyarah pulak asyik sebut agent lah, negotation lah, argumentlah.. he..he.. yang bestnya kawan ku tu kata.. jangan kita dilabel sebagai agen pembangkang sudah.. Opps sudah melalut nie. Harus berhenti segera...