Pages

Thursday, February 21, 2008

Siapa Tiru Siapa?<


Ahh... rasa lega sangatlah ujian pertengahan semester dah berakhir malam tadi.

Sabtu lepas saya terbuka RTM2. Ada satu cerita hindi tajuk dia Salaam E-Ishq ( A Salute To Love ) sedang ditayangkan. Biasalah filem hindi mesti tidak sahkan kalau tiada adegan nyanyi-nyanyi. Yang menarik perhatiannya melodi lagu tersebut sama macam lagu sama macam lagu R Azmi yang berjudul "Kerana Mata". Aiitt.. tak kan industri Bollywod telah menciplak lagu dari Malaywood pulak.. Yelah cerita tersebut keluaran tahun 2007 sedangkan lagu R Azmi tu dihasilkan pada tahun 1950-an.

So dengan penuh rasa ingin tahu. Saya layarilah internet nak cari informasi tersebut. Ciss.. macamlah tak de kerja lain sedangkan esok tu nak exam. Ahakss.. Rupa-rupanya cerita sebenarnya ialah:
Lagu nyayian R Azmi tu yang telah menyandur lagu dari filem hindi.

Lagu tersebut versi asalnya adalah bertajuk Baabuji Dheere Chalana (Sir Walk Slowly) nyayian seorang penyayi wanita bernama Geeta Dutt yang dimuatkan dalam filem Aar Paar (This or That) 1954. Manakala lagu Kerana Mata - R Azmi pula telah menyandur lagu ini dan telah dimuatkan dalam filem melayu (yang ni tak pasti pula tajuknya). Kemudian pada tahun 2007 pula lagu Baabuji Dheere Chalana ini telah diberi nafas baru dan dimuatkan dalam filem Salaam E-Ishq. Kedua-dua lagu Melayu dan Hindi ini mempunyai maksud lirik yang berlainan. Tiada kena-mengena antara satu sama lain. Cuma melodi sahaja yang sama.


Lirik : Baabuji Dheere Chalana
(Aar Paar - 1954 /Salaam E-Ishq - 2007)


Baabuji Dheere Chalana
Tuan berjalan perlahan-lahan

Pyaar Mein Zara Sambhalana
Berhati-hatilah apabila bercinta

Haa Bade Dhokhe Hai
Ya, di situ terdapat banyak bahaya

Bade Dhokhe Hain Is Raah Mein
Terdapat banyak bahaya di atas jalan ini

Baabuji Dheere Chalana
Pyaar Mein Zara Sambhalana
Haa Bade Dhokhe Hai
Bade Dhokhe Hain Is Raah Mein
Baabuji Dheere Chalana

Kyo Ho Khoye Huye Sar Jukaye
Kenapa kamu gagal, dengan kepala tertunduk

Jaise Jaate Ho Sab Kuch Lutaaye
Seperti kamu mengundur diri, Korbankan semuanya

Ye To Babuji Pehla Kadam Hai
Tuan, ini adalah merupakan permulaan langkah

Nazar Aate Hain Apne Paraaye
Dimana kamu lihat orang-orang yang kamu tidak kenali

Haa Bade Dhokhe Hai
Bade Dhokhe Hain Is Raah Mein
Baabuji Dheere Chalana

Ho Gayee Hain Kisi Se Jo Anaban
Oleh kerana kamu dibiarkan jatuh

Thaam Le Dusaraa Koee Daaman
Kamu perlulah merebut orang yang lain

Zindagaanee Kee Raahen Ajab Hain
Jalanan kehidupan adalah aneh

Ho Akelaa To Laakhon Hain Dushman
Jika kamu keseorangan, di sana terdapat banyak musuh

Haa Bade Dhokhe Hai
Bade Dhokhe Hain Is Raah Mein
Baabuji Dheere Chalana
Pyaar Mein Zara Sambhalana
Haa Bade Dhokhe Hai
Bade Dhokhe Hain Is Raah Mein
Baabuji Dheere Chalana

0 comments: