Pages

Thursday, February 21, 2008

Petikan Dialog Dari Filem Hang Tuah

Dipetik dari Forum Nusantara


Adegan 1

"Jangan..... Jangan sembah aku... Aku bukan gila disembah.... Aku bukan sebagai Sultan Melaka yang mengagung agungkan pangkat dan kebesarannya..... Aku JEBAT... rakyat biasa... Pangkat aku untuk kepentingan rakyat... bergerak aku untuk membuat jasa kepada rakyat.... Dan aku rela mati untuk rakyat... kerana aku mahukan Keadilan.. Keadilan... Keadilan......."


Adegan 2

" Oh Abang Ku Tuah.. Kembali hidup perasaan ku.. Mari ke dalam bang... "

" Silakan!! "

" Abang ku Tuah kalau lah dunia ini dapat di tukar ganti... Hanya la kepada nyawa abang... Marilah kita bersatu supaya kita bunuh semua pengena pengena istana itu... dengan Rajanya sekali!!! "

" Isshhh Aku tidak segila kau jebat... Seperti kau Penderhaka!!!! "

" Arrrgghhh!!! Tergamak kau menuduh aku penderhaka Tuah... Barangkali kau tidak mengerti agaknya... Tuah apa yang aku buat adalah semata mata untuk membela kau yang kusangka mati terfitnah... "

" Aku tidak minta dibela... Dan aku tidak menyuruh kau manjadi pembela... Kedatangan ku hari ini hanyalah ingin menangkap kau sama ada hidup atau mati Jebat!!! "

" Tuah... Aku ingin bertanya sama ada kau bersalah atau tidak sewaktu dihukum oleh raja dulu...? Ini semua kerana fitnah oleh pembesar pembesar yang cemburu akan pangkat dan darjat kau.... Dengan tidak memeriksa... Sultan yang zalim telah menghukum kau dengan tidak bersalah... Benar kah begitu Tuah...? Mengapa kau berdiam diri...? Setelah kau dihukum... Hatiku tak senang Tuah... Aku dendam dengan musuh musuhmu itu.... Terus Aku menderhaka... Menderhaka kerana membela kau Tuah... Sekarang kau hendak membunuh aku Tuah...??? "

p/s: Kadang-kala terfikir juga bagaimana penulis skrip cerita-cerita Melayu klasik terdahulu mendapat idea untuk menyusun kata-kata dengan baik sekali?

0 comments: