Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah daerah dan pusat peranginan tanah tinggi di Pahang, Malaysia. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan bersuhu antara 10°C hingga 20°C.
Cameron Highlands mula diterokai oleh Sir William Cameron sekitar tahun 1885 di mana pada ketika itu beliau sedang melakukan pemetaan persempadanan Pahang-Perak. Terdapat tiga mukim dalam daerah Cameron Highland iaitu Ringlet (5,165 hektar), Tanah Rata (2,081 hektar) dan Ulu Telom (63,981 hektar). Manakala terdapat beberapa bandar dan pekan seperti Ringlet, Tanah Rata (pusat pentadbiran tempatan), Brinchang, Lembah Bertam, Kea Farm, Tringkap, Kuala Terla dan Kampung Raja.
Terletak di bahagian barat laut negeri Pahang, Cameron Highlands boleh diakses dengan menggunakan kenderaan sama ada melalui Tapah atau Simpang Pulai dari negeri Perak, melalui Gua Musang dari negeri Kelantan atau melalui Sungai Koyan dari negeri Pahang.
Pada 19-21 Ogos 2017 yang lepas saya bersama-sama keluarga sempat merasakan kediginan udara di sana. Pada hari pertama kami menginap di English Cottage yang terletak di dalam MARDI Agrotechnology Park. Cottage ala-ala kediaman residen Inggeris ini mengandungi 3 bilik, 1 ruang tamu, 1 ruang makan dan dapur. Sangat selesa dan tentunya boleh menjalankan aktiviti memasak kena disediakan dengan kelengkapan peralatan memasak.
![]() |
| MARDI Agrotechnology Park |
Pada keesokkan harinya pula kami melawat sekitar kawasan Park tersebut. Untuk makluman MARDI Agrotechnology Park adalah sebuah stesen penyelidikan pertanian di Tanah Rata, terbuka kepada orang awam dan dikendalikan oleh sebuah institut kerajaan iaitu MARDI untuk perkembangan penyelidikan pertanian. Dalam kawasan taman seluas 42 hektar, kami boleh meneroka pelbagai taman bunga, rumah tanaman, taska tumbuhan, tanah ladang dan juga ladang teh kecil dengan kilangnya. Park ini dibuka setiap hari. Tiket masuk berharga RM5 untuk setiap orang dewasa dan RM3 bagi setiap kanak-kanak. Bagi kami yang menginap di dalam taman ini tiada bayaran yang dikenakan.
Jam 12.00 tengah hari kami check-out dan check-in pula di rumah Rehat Peranginan Persekutuan (RRP) Eksekutif Cameron Highland. Beruntung dapat menempah banglo 3 bilik dengan harga RM150.00, tetapi berbaloi dengan keselesaan yang disediakan.
Petang kami ke Healthy Strawberry Farm yang terletak di sebelah pintu masuk RRP. Anak-anak berpeluang memetik anggur dengan bayaran RM30 bagi 2 orang. Malamnya kami cuma berjalan-jalan mencari makanan di sekitar kawasan. Sampai di RRP jam 10 malam. Dan seterusnya masa untuk tidur.
Jam 11pagi check-out dan seterusnya kami ke Ladang Teh Sungei Palas. Ladang ini terletak di Brinchang iaitu kira-kira 5 km ke utara dari bandar atau kira-kira 10-11 km dari RRP yang kami menginap. Ladang ini dimiliki dan diuruskan oleh Boh Tea dan menampilkan pusat teh sendiri, galeri pelawat dan kilang pameran untuk dilawati. Memakir kereta di kaki puncak yang menempatkan galeri pelawat, kami mendaki anak tangga hingga ke atas. Sambil menyedut udara segar dan mengelap peluh di dahi akhirnya kami sampai di atas untuk mengambil gambar di papan tanda Ladang Teh Sungei Palas.
![]() |
| Ladang Teh Sungei Palas. |
Jam 1.00 petang kami kemudiannya ke Kea Farm Market yang terletak kira-kira 2km dari ladang teh tersebut. Hujan mulai turun dan aktiviti membeli sayuran dan buah tangan tidak berapa selesa. Namun penuh juga ruang simpanan barang di kereta. Jam 3.30 petang kami bertolak turun pulang ke rumah melalui laluan Simpang Pulai. Berhenti di RnR Tapah untuk bersolat Asar dan sampai di rumah ketika senja merah kirmizi hampir menghilang.
Tamatlah episod cuti-cuti Malaysia kami di Tanah Tinggi Cameron, Pahang Darul Makmur.
p/s: Akan ada update lagi Catatan perjalanan nanti.
p/s: Akan ada update lagi Catatan perjalanan nanti.


0 comments:
Post a Comment