Pages

Monday, January 13, 2014

Deko Bersama Mr Bob

Antara rancangan tv yang saya suka tonton ialah Casa Impian, Deko Bersama Eric dan rancangan yang seangkatan dengannya. Selain itu juga saya suka membaca (aka melihat gambar-gambar di dalam) Majalah Anjung Seri, Impiana dan majalah yang sama jenis dengannya. Tapi itu dulu ketika banyak masa yang terluang, Selalu juga baca di pusat Sumber atau kadang-kala beli sendiri.Tapi sekarang memang tak sempat nak belek tu semua. Macam lah busy sesangat..

Dulu saya selalu berangan apabila mempunyai rumah sendiri, saya teringin untuk mendeko (menghias) rumah ala-ala macam rumah-rumah yang terdapat di dalam majalah atau rancagan tv tersebut Alhamdulillah dengan izin tuhan apabila berkahwin dapatlah saya menghias rumah sendiri mengikut citarasa sendiri. Berikut adalah merupakan citarasa saya sendiri. tak tahulah cantik atau tidak tapi yang pasti saya suka dengan hiasan dalaman saya ini.

Selepas berkahwin, selepas 2 bulan ini adalah rekaan pertama saya. Konsepnya adalah "Colour of Sand" kaedahnya.... Hikk.Hikk.. 


Bulan September 2010, saya menimang cahaya mata yang pertama. Sementara isteri berpantang di kampung saya merancang untuk menyambut isteri dan anak yang akan pulang ke rumah setelah berpantang sebulan di kampung. Maka inilah hiasan dalaman saya yang kedua dinamakan "Evergreen" katanyer. Ahakkkss...


Bulan Oktober 2013, saya menimang cahaya mata yang kedua. Baby girl. Keterujaan mengganti langsir dan permaidani baru meluap-luap. Dah hampir 3 tahun mengitar semula konsep Colour of Sand dan Evergreen. Terasa bosan juga. Sementara menanti isteri berpantang dikampung. Lebih kurang sebulan kemudian, konsep "Tulip in the Happy Garden" dicipta dirumah saya. Konsep ini bagi menyambut kehadiran my little princess


Kini hampir 3 bulan konsep ini wujud di rumah saya. Disebabkan komitmen semakin bertambah, masa untuk mengemas rumah pun semakin terhad dicampur kemalasan yang semakin menebal. Kekadang rasa nak tukar konsep minimalis jer.. Senang tak payah nak susah payah vakum permaidani. He..he..

0 comments: