Selesai sudah audit SIRIM semalam. Lega segala sudah berakhir untuk auditan tahun pertama ini.. Satu bab SKT telah pun setel. Syukur Alhamdullilah. Tiada NCR ditemui. Sekadar OFI diisukan. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata sekadar emel penghargaan kepada semua pihak.
Bercakap mengenai penglibatan pelbagai pihak ini juga satu hal. Berkomunikasi dan memerlukan kerjasama semua memang benar-benar menguji keimanan dan kesabaran. Tetapi itulah asam garam kehidupan yang mematangkan hidup kita. Betul tak?? Ahakkkssss... macam skemalah pulak entri kali nie... Saya ingat macam nak terlibat dengan seriuslah dalam bidang audit-mengaudit nie.. Harap-harap dapat menambahkan lagi bakat dan kemahiran diri. Chewahh..
Tapi kalau bercerita pasal auditan ini.. oh..ya.. sebelum tu kalau tak silap di dalam kamus dewan terdapat perkataan Odit yang boleh digunakan untuk audit. Chewahhh.. macam segmen tahukan anda pulak kan? Tapi macam peliklah pulak nak menggunakan perkataan Odit nie..
Ok.. kembali kepada audit. Kalau cerita pasal audit semua orang takut.. seolah-olah audit bertujuan untuk mencari kesalahan kita kan?? Kalu kita buat salah mesti takutkan.. Ataupun kita tak buat apa sepatutnya yang perlu dibuat, tentu takut. Juruaudit atau dipanggil auditor selalunya amat digeruni. Diberi layanan istimewa, disambut seperti raja.. yelah takut emosi dioarang ternganggu semasa nak mengaudit. Tapi hakikatnya juruaudit nampak samada kita ini ikhlas ke tidak nak memberi layanan kepada mereka.. Ha..ha.. jangan lebih-lebih mengampu sudah.. Pengalaman semalam. Selepas Opening Meeting. Dijemput auditor untuk makan, tiba-tiba nasi goreng yang dihidang terasa seperti basi. Sudah. Macam ada petanda yang sesi audit kali ini akan mengalami bencana. Namun Allah Maha Mengetahui. Segala berjalan lancar. Syukur. masalah setakat minuman pagi sahaja. Selepas itu semua berjalan lancar.
![]() |
| Bayangkan kalau auditor tu siap duduk atas meja lagi, tak ke haru?? He..he.. |
Sewaktu bekerja di sini pelbagai perkara yang saya pelajari.. Bila diingatkan dulu. Macam cacing kepanasan. Hendak kembali semula ke tempat lama. Tapi perencanaan Allah untuk hambanya memang terbaik. Ada sesuatu yang kita tidak tahu..Oklah perlu berakhir di sini dulu. Nanti akan dikemaskini lagi...

0 comments:
Post a Comment