Esok ada sesi bergambar bagi bahagian saya sebelum mesyuarat bahagian diadakan. Antara keperluan yang diperlukan bagi sesi bergambar tahun ini ialah pakaian mengikut tema warna. Bagi perempuan hendaklah berbaju kurung / kebaya unggu manakala lelaki berbaju putih dan bertali leher unggu. Memandangkan koleksi tali leher yang saya ada, tidak ada yang berwarna unggu maka pada waktu rehat tadi terpaksa saya pergi mencari tali leher unggu di pasaraya berhampiran. Dapat. Lega sikit rasa hati. Tidak perlulah keluar ke Pasaraya lain malam nanti. Sesudah makan dan solat baliklah ke pejabat. Lebih kurang jam 3pm dapat emel dari urusetia sesi bergambar.
Sukacita dimaklumkan bahawa ramai kalangan pegawai-pegawai lelaki yang tidak mempunyai tali leher warna ungu untuk majlis bergambar 2013. Sehubungan itu, urusetia majlis ini bersetuju agar tali leher warna ungu ditukarkan kepada tali rasmi jabatan.
Biar betik. Dah beli baru cakap. Sakitnya hati. Tapi bila difikirkan secara positif, tali leher yang dah dibeli boleh digunakan juga nanti tapi adakah pemikiran itu hanya sekadar meredakan perasaan bengkek di hatiku ini..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment