Pages

Friday, February 22, 2013

Jenis Pandangan Unjuran Ortografik

Terdapat 3 jenis pandangan unjuran ortografik iaitu pandangan atas (pandangan pelan), hadapan dan sisi. Saya cuma ingin menyentuh mengenai pandangan atas (pelan). Pandangan pelan atau pandangan atas menunjukkan bahagian atas sesuatu objek tetapi ini tidak bermakna pandangan dari arah bawah tidak terpilih. Pandangan pelan yang dipilih masih mengutamakan arah pandangan yang dapat menunjukkan bentuk – bentuk objek dengan garisan nyata lebih banyak daripada garisan tersembunyi, tetapi kelazimannya arah pandangan yang dipilih ialah dari sebelah atas. Pandangan dari arah ini  dapat menunjukkan ukuran panjang dan lebar objek, seperti gambar dibawah.

Pandangan dari atas. Tapi tak nampak jelaskan objek yang disembunyikan.
Setelah berjaya menahan nafas dan mengempiskan perut. Baru terlihat hujung jari kakiku.
Hampeh tul....

0 comments: