Semalam saya terima emel dari sahabat saya. Dia kadang-kala cakap selalunya tidak serius. Namun apabila sekali-sekala bercakap memang masuk akal dan kagum dibuatnya. Sempena Maal Hijrah pada hari ini dia ada menghantar sedikit isu yang perlu kita fikirkan dan saya rasa adalah baiknya saya kongsikan di sini.....
Assalamualaikum,
Sedikit cerita untuk semua...
Haritu saya ada kena buat gambar profile (saiz besar, 4r) untuk ujibakat one million money drop (ujibakat tu lain kali lah saya cerita). Saya buat gambar tu kat KL, member saya buat gambar profile kat kedah. Dekat area equine, ada satu kedai gambar melayu, dan saya buat kat kedai tu. Terkejut la jugak dengar harga dia, sekeping rm 16 untuk gambar profile, kalau saiz passport, rm 20 untuk 4 keping kalau tak silap. Member saya buat kat kedah, kedai cina, 4 keping gambar profile, rm 20. Bab harga tu saya tak ambik kira sangat sebab mungkin sewa kat sini mahal dan peralatan kedai biasanya orang melayu tak dapat semurah orang cina. Cuma yang saya sedih, bab kualiti kerja. Gambar member saya, kedai cina tu edit balik pakai photoshop dan print jadi sharp n cantik nak banding dengan gambar saya yang kedai melayu tu ambil, kasik terang sket, besarkan pastu print. Jadila gambar yang tak brapa nak sharp.
Pagi ni saya pergi kedai cina dekat sri serdang, pukul 10 pagi kedai dah siap bukak nak banding dengan kedai melayu equine, pukul 11 lebih pun tak bukak lagi. Saya buat gambar saiz passport.Harga dia rm 13 untuk 4 keping sebab baru ambil gambar kat situ dan dia kasik sekali gambar yang dah siap dalam cd. Kedai melayu apa cd pun tak dapat. Untuk next time kalau print balik, rm 6 ringgit untuk 4 keping. Sekali lagi, bab harga bukan perkara yang saya nak tekankan tapi bab perbandingan kualiti kerja. Cina tu ambil gambar 3-4 kali, siap betulkan tie dengan spek saya. Lepas tu, gambar dia bagi saya pilih yang mana ok dan dia edit balik pakai photoshop. Ni cina yang umur dia dalam 40 lebih nak ke 50. Cara dia edit photoshop tu saya rasa lagi pandai dari kita orang IT. Pilih tools untuk tacap balik area muka, pilih layer2, skrin biru belakang pun edit balik. Mungkin orang bleh kata "dah keja dia buat benda tu, memang la dia terrer", tapi kenapa kedai melayu yang saya gi tu tak bleh buat macam kedai cina ni sedangkan cina kampung kat jitra pun bleh pakai photoshop.
Saya berharap saya tidak termasuk di kalangan orang melayu yang kebiasaannya melakukan sesuatu kerja dengan sambil lewa dan saya percaya jika kita cuba melakukan sesuatu kerja tak kira sekecil mana pun dengan bersungguh-sungguh, lama-kelamaan semua kerja yang kita buat akan kita buat dengan bersungguh-sungguh. Tak kira apa kerja yang kita buat samada di opis atau di rumah, untuk Maal Hijrah tahun ini, saya berharap kita semua dapat berhijrah ke arah kualiti kerja yang lebih baik.
