Pages

Saturday, September 15, 2012

Perlukah Menjerit Apabila Marah?

Suatu hari seorang profesor bertanya kepada para pelajarnya, “Kenapa kita menjerit apabila kita marah? Kenapa orang menjerit kepada satu sama lain apabila mereka marah?” Para pelajar berfikir sejenak, seorang daripada mereka menjawab, “Kita menjerit kerana kita hilang sabar.”

“Tetapi kenapa menjerit, orang tu ada di sebelah je? Tak bolehkah kalau tak menjerit? Tak bolehkah bercakap dengan nada yang rendah?”

Para pelajar memberi pelbagai jawapan, namun tiada satu pun yang memuaskan hati profesor.

Akhirnya profesor pun berkata, “Apabila seseorang marah kepada seseorang lain, hati mereka berjauhan. Untuk menyelesaikan masalah jarak di antara mereka, mereka terpaksa menjerit agar pihak yang satu lagi dapat mendengar apa yang mereka ingin sampaikan. Semakin kuat marah, semakin kuat mereka menjerit agar suara mereka dapat merentasi jarak yang terbina di antara mereka.”


Marah Bukan Penyelesaian Masalah
Kemudian profesor bertanya lagi, “Apa yang berlaku bila seseorang sedang bercinta atau saling menyayangi? Mereka tidak menjerit tetapi bercakap dengan suara yang lembut. Kenapa? Sebab hati mereka sangat dekat. Jarak di antara mereka sangat dekat.”

“Apa yang berlaku apabila cinta mereka lagi mendalam? Mereka tidak bercakap, mereka hanya berbisik dan cinta mereka makin mendalam. Akhirnya, mereka tidak perlu berbisik. Mereka hanya memandang di antara satu sama lain dan masing-masing saling mengerti. Begitulah rapatnya seseorang bila mereka saling menyintai dengan cinta yang amat mendalam.”

Jadi, bila anda bertengkar, jangan biarkan hati anda berjauhan dan mengeluarkan perkataan yang menambahkan jarak di antara hati anda dengan seorang lagi. Mungkin suatu hari nanti jarak tersebut akan menjadi terlalu jauh dan anda tidak berupaya mencari jalan untuk pulang ke pangkal jalan.

Sumber dari - Laman Web My Motivasi

Sekupang dua Pandangan Saya.
Saya setuju dengan pandangan ini kerana semakin kita menjerit marah semakin menjauh hati orang yang kena marah dengan kita. Bagi saya marah boleh untuk menegur dan kena pada gayanya, Insya Allah teguran yang diberi boleh diterima dengan lapang hati dan boleh meningkatkan prestasi diri.

0 comments: