Pages

Wednesday, August 8, 2012

Renungkanlah...

Alhamdullilah sudah. Akhirnya telah 19 hari kita berpuasa. Ini bermakna esok kita telah pun melangkaui fasa ke 3 di dalam bulan Ramadhan iaitu fasa 10 hari terakhir sebelum fajar syawal menjelma. Terasa amalan masih lagi kurang. Terasa persiapan untuk mendapat keberkatan Malam Lailatul Qadar masih belum cukup disediakan tetapi persiapan untuk menyambut Syawal lebih ketara dilakukan.

Syukur kepada Allah SWT dengan limpah kurnianya di bulan ini. Dapat juga kami merasa duit bonus bagi persiapan raya dan juga untuk simpanan. Oh.. ya bercakap pasal raya, terima kasih kepada rakan sekerja yang bersusah payah menukarkan duit raya untuk di sedekahkan kepada golongan kanak-kanak di bulan Syawal nanti. Duit baru lagi.
Baju raya bagaimana? Sudah sedia? Terima kasih kepada isteri yang telah membelikan kain ela dan membuat tempahan baju Melayu lebih awal untuk saya dan anak. Pakaian tradisi di 1 Syawal dan 10 Zulhijjah yang tidak dilupakan.

Namun dalam kemeriahan kita membuat persiapan menyambut fajar Syawal jangan lupa pada saudara-mara kita yang kurang bernasib baik  di negara masing-masing. Bersyukur dengan apa yang kita nikmati dengan sentiasa mengingatiNYA. Jika ditarik kenikmatan yang diberikan itu, adakah mampu untuk menghadapinya. Renungkanlah....


2 comments:

DaddyBokteh said...

tema color oren this year?

Han Abr said...

Tak lah.. color hijau