Hari ini sudah pun masuk ke 3 syawal. Diam tak diam sudah 3 hari kita beraya. Terasa pantas masa berlalu. Perancangan hari ini untuk beraya di rumah saudara mara sebelah isteri. Tak jauh. Cuma di sekitar Mukim Bukit Katil sahaja.
Pagi-pagi lagi Elman dah bangun. Mungkin dia ingat hendak ke nuseri agaknya. So sementara untuk menunggu ke jam sepuluh pagi untuk memulakan xtvt beraya di rumah saudara, saya bawa Elman bermain di kawasan sekeliling rumah atoknya. Seronok dia bermain. Apatah lagi ternampak kucing jiran. Habis dikejarnya sekeliling rumah.
Wednesday, August 22, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment