Wednesday, March 21, 2012
Hati Yang Yidak Lepas
Pernah tak anda melalui saat di mana anda telah berjaya melepasi satu ujian hidup cthnya temuduga, peperiksaan dsb. Namun selesai sahaja melaluinya, terasa leganya masih tidak berkurangan. Masih tersangkut di kepala, tekak, hati dan perasaan. Mengapa ya? Mesti ada sesuatu perkara yang kita tempuh tetapi tidak rasa akan kepuasannya ataupun mungkin kita rasa kita boleh lakukan sesuatu yang lebih baik lagi. Adakah kita tidak redha dengan apa yang telah berlaku ataupun kita tiada sifat tawakal setelah selesai melakukan sesuatu tindakan. Walau apa pun caranya kita memujuk hati untuk berlapang dada setelah selesai menempuh ujian yang mendatang namun terasa seakan sesuatu yang menahan agar lapang dada itu tidak berlaku. Seakan ada hati yang tidak lepas. Perkara tersenut sedang merantai saya sepanjang minggu ini. Mengapa ya?