Tudung saji merupakan hasil kraftangan masyarakat Melayu yang kebiasaannya dihasilkan daripada daun mengkuang, pandan, rotan atau buluh. Terdapat juga tudung saji daripada mengkuang yang disalut dengan kain baldu. Rotan atau buluh yang dibentuk bulat akan dijadikan kerangka tudung saji. Benangnya pula dihasilkan daripada rotan yang telah diraut halus. Daun mengkuang, pandan atau buluh yang telah diraut akan dianyam seperti tikar. Satu bucu yang tajam dihasilkan dengan melengkungkan anyaman tersebut. Bucu yang tajam inilah menjadikan anyaman berbentuk tudung saji. 
Ini ialah contoh tudung saji yang telah dimodenkan dan masih boleh digunakan untuk menutup hidangan.
Kegunaan tudung saji adalah untuk menutup hidangan daripada dihinggapi lalat atau terkena habuk dan kotoran lain. Tudung saji juga dijadikan sumber ekonomi bagi penduduk di kawasan luar bandar melalui industri desa (cottage industry). Melalui industri desa juga pendapatan penduduk luar bandar dapat ditingkatkan. Malah ada juga masyarakat Malaysia yang menjadikan tudung saji yang berbagai saiz sebagai hiasan di rumah masing-masing.
Tapi kan pada zaman moden nie. Kegunaan tudung saji telah dipelbagai gunakan. Ianya bukan sahaja menjadi alat untuk menutup hidangan ataupun menjadi hiasan di dinding rumah. Tudung saji juga boleh menjadi.... jeng2.. Hiasan penutup kepala aka tudung kepala... Hadoyaaiiiii..

Fesyen apa ini Datuk?
0 comments:
Post a Comment