Pages

Friday, October 31, 2008

Exam dan Anak Saudara

Salam, kembali bersiaran. Malam tadi selesai sudah kertas kedua bagi peperiksaan semester ini. Masih berbaki 1 lagi kertas dan juga presentation projek akhir. Bagaimana kertas-kertas yang diambil? Setakat ini rasa tiadalah susah sangat namun masih ragu-ragu samada sasaran semester ini bolehkah dibidik dengan tepat. Emmm...rasanya usaha yang dijana masih lagi kurang disana sini. Semalam dapat 2 SMS berasingan dari si dia dan abangnya mengucapkan " Good Luck" untuk paper malam tadi. Ahakss.. Tidak kah ianya satu motivasi?

Anak Saudara.
Kedatangan anak saudara baru dalam keluarga saya pada 25 Oktober 2008 jam 5.25pm adalah tidak dijangka. Putera baru anak adik saya itu dijangka akan menjegah ke dunia pada 3 Nov namun takdir tuhan memang tidak dijangka. Alhamdullilah, Muhammad Arif dan ibunya sihat cuma Muhammad Arif telah ditahan dihospital dan didiscaj pada 29 Okt. Bayinya disyaki mengalami penyakit kekurangan enzim yang dikenali sebagai G6PD. Ianya bukan sesuatu yang baru dan berbahaya namun terdapat beberapa tegahan dalam mengambil ubat-ubat yang telah disenaraikan. Anak buah saya setakat ini sudah 14 orang semuanya. Akan datang anak Kak Ngah saya. Expected date 15 Nov 2008. So akan menjadi 15 orang.

Bercerita tentang bayi, anak bongsu kawan saya Faisal telah dihantar ke IJN untuk melakukan sedikit pembedahan kecil kerana mengalami saluran udara yang tersumbat. Mujurlah pembedahan yang dilakukan bukanlah pembedahan di kawasan jantung cuma sedikit suntikan dipeha dan dipancarkan pancaran lazer untuk membuka saluran. Alhamdullilah, semua berjaya dilakukan dan Nur Alya Izzati dibenarkan pulang pada 29 Oktober 2008. Faisal sekeluarga mula berkampung di IJN bermula Rabu 22 Oktober. Saya sempat menziarahi beliau di sana. Kadang kala terfikir akan saya Faisal yang sebaya dengan saya itu telah diuji dengan ujian sebegini. Mampukah saya menghadapi ujian dari tuhan. Sepanjang menzirahi anaknya yang berusia 4 bulan itu banyak perkara yang dibualkan dari mengimbas nostalgia lama hinggalah meneroka masa hadapan. Moga Allah permudahkan segala urusan saya kerana tanpa disangka anaknya itu kelak akan menjadi anak saudara saya juga. Ahakss..