Pages

Friday, August 1, 2008

Hari Pahlawan

Hari Pahlawan (BI: Heroes Day) adalah merupakan Hari Peringatan di Malaysia yang diraikan pada 31 Julai setiap tahun yakni sebulan sebelum sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia pada  31 Ogos.  Bunga raya yang merupakan bunga kebangsaan kini telah diperkenalkan sebagai lambang Hari Pahlawan bagi memperingati perjuangan perwira-perwira tanah air.  Simbol bunga raya akan digunakan dalam sambutan Hari Pahlawan . Pemilihan bunga tersebut sebagai lambang dalam kempen Hari Pahlawan amat sesuai kerana ia memenuhi ciri-ciri simbolik kepahlawanan sejati. Bunga raya yang berwarna merah melambangkan sifat keberanian dan keikhlasan para pahlawan yang rela berkorban nyawa demi mempertahankan kedaulatan negara.

Pada tanggal 4.8.1968, buat pertama kalinya Hari Pahlawan telah diadakan sambutannya bagi seluruh negara. Hari Pahlawan ini diadakan bagi memperingat jasa-jasa para perajurit yang telah gugur dalam mempertahankan keamanan dan kemerdekaan tanah air, dalam Perang Dunia I, II dan dalam tempoh 12 tahun darurat. Kesemua bahagian angkatan tentera telah turut serta dalam upacara pada hari itu.

Teringatkan mengenai Hari Pahlawan itu, saya seringkali terkenang akan zaman sekolah dulu di mana kita akan diberikan sehelai kertas berwarna merah jambu untuk kutipan derma untuk Tabung Rayuan Hari Pahlawan. Ingat tak? Kini tidak ada lagi kerana menurut Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Dato' Muhammad Abdul Ghani, bermula tahun ini kutipan derma untuk Tabung Rayuan Hari Pahlawan tidak lagi diarak ke hulu ke hilir bagi mendapat simpati orang ramai.

Bagi saya kutipan sebegitu bagus dilakukan memandangkan kebajikan anggota tentera dan keluarga mereka haruslah terbela. Selain dari sumbangan rakyat dan  pihak kerajaan, pihak korporat haruslah turut sama memberi sumbagan kepada tabung ini. Janganlah lebih menumpukan kepada aspek hiburan semata-mata untuk memberi sumbangan atau tajaan. Kita berharap badan korporat dan juga badan berkanun tampil ke depan kerana walaupun peperangan sudah berhenti tetapi kebajikan bekas tentera wajar diteruskan dan sekaligus ini akan membuka mata generasi baru adalah bidang ketenteraan sebagai kerjaya pilihan utama mereka.

1 comments:

Anonymous said...

Terima kasih atas keprihatinan saudara