
Saya dah create satu lagi blog untuk dedicate khas projek final saya. From A Desk of My Final Project. Kena buatlah. Kalau tak macam tak jalan jer project final saya tu. Idea ini ditiru dari blog mySSO.net mH. Khuiii..khuii.. memula saya nak cuba gunakan wordpress. Ini kerana bagi saya wordpress lagi cantik dan menarik design dia. Tapi setelah berjam-jam nak tukar design default dia, rasa macam susah jer. So saya gunakan sahaja blogspot. Malas nak pikir dan buang masa.

Emm.. sebenarnya tak idea nak tulis apa hari ini. Tapi bila 2-3 hari tak tulis rasa macam bersawang-sawang pulak blog nie. One more blog saya ini rasa macam dah boring sikitlah GUI nay. Ingat nak tukar design lain. Tengoklah kalau ada mood sehari dua nie. Software Qumana di PC saya ini tidak boleh dibuka. Bila buka tidak didisplay pula. Tak tahu kenapa. Saya uninstall dan installl semula yang baru pun tidak menjadi. Kenapa lah pula nie. Sekarang saya gunakan software pengarangan yang baru. Namanya Flock version 1.2.4. Ringkas dan mudah juga. Ada browser sekali.
Oh.. semalam saya ditelefon supaya hadir ke kursus penyelengaraan PC di IKBTN. Saya ingat tak dapat. Sebab hari tu saja isi borang sewaktu kelas terakhir Asas Grafik dan Multimedia. Saya lebih berminat hendak hadiri kelas Asas Pembangunan Laman Web. Sebab kata tutor tu akan pakai Dreamweaver. Tu yang teruja sangat. Tapi bila nak isi borang tu saya menjadi tamak dengan menge'tick' sekali kursus penyelenggraan PC tu. Kan dah kena. Orang dah telefon pergilah kejap. Sampai pun dah lambat. Terlewat 1 1/2 jam dah.. Okeylah kelas tu. Tapi bagi saya terlalu asas. Banyak saya dah tahu dan biasa buat. When break time saya terus blah. Kelas ini makan masa 4 week. 32 hours. Mungkin tak join kot lagi. Oh..minggu depan kelas Asas Pembangunan Laman Web akan bermula. Kelasnya pada hari Sabtu. Tak tahu berapa minggu pula. Mungkin 4 minggu juga kot.
Kelas Master macam biasa. For My final project, I'm haven't meet my supervisor yet. Ingat nak jumpa last week but he was't in his office. So mungkin nak pergi jumpa esok petang. Hopefully he's in. Oh.. OOSE punya paper survey pun belum buat lagi...Errrkk.. bila lah nak buat nie.
Sekadar Gambar Hiasan.
I'm going on a trip holiday next August. Ke mana? Tak boleh bagitahu sekarang. Perkara belum jadi lagi malas nak declare dulu. Tunggu yer.. I will let the cat out of the bag in another day. Occay.. daaaa...Babaaaiiii
1 comments:
Testing
Post a Comment