Pages

Wednesday, August 20, 2014

Ku Menunggu dan Menunggu

Ahad 17.08.2014 isteri bercadang buat sedikit makan-makan dengan menjemput rakan-rakanya 4-5 famili ke rumah. Katanya jam 12.00pm. Ku menunggu dan menunggu bersama anak-anak. Jam 2.30pm kawan opisku sahaja yang datang.  Alhamdullilah.. Ada juga tetamu. Selepas itu adalah juga tetamu yang hadir. 

Ku Menunggu dan Menunggu
Tak jemput semua. Maaf buat kecil-kecilan sahaja. Wan, kalau dah kahwin hujung tahun nanti bawak your wife datang rumah tau...

Tuesday, August 19, 2014

Permata Kedah

Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia. Langkawi sebenarnya merupakan suatu gugusan pulau di mana Pulau Langkawi merupakan yang terbesar. Langkawi terletak di utara Selat Melaka di selatan Laut Andaman berhampiran sempadan antara Malaysia dan Thailand. Beberapa kilometer jarak ke utara pulau Thai iaitu Pulau Tarutao. Bandar utama gugusan pulau terletak di pulau utama iaitu Pekan Kuah.Titik tertinggi Langkawi ialah Gunung Raya, yang mencapai ketinggian 881 m dari atas paras laut di kawasan tengah-barat pulau utama.Kepulauan ini mengandungi 99 pulau yang merangkumi jumlah kawasan darat 528 km2 (204 batu persegi).

Pada 9 hingga 12 Ogos 2014 yang lepas saya sekeluarga termasuk mak dan Kak Long saya 3 beranak telah berkesempatan ke Langkawi. Dengan tiket promosi MAS RM140 per pax pergi dan balik dapatlah kami semua ke sana. 9 orang kesemuanya. Lepak di De Baron Resort, Bandar Baru Baron, 07000 Langkawi.Harga bagi bilik yang di sewa ialah Deluxe Family RM210 & Superior RM180 semalam.

My Family

Antara tempat yang kami lawati ialah macam biasa Kota Mahsuri, Cabel Car, Mardi Agro Tech. Park, Pantai Pasi Hitam (tak turun dari kereta pun), makan laksa ikan sekoq di Pantai Chenang. Membeli belah di Idaman Suri dan Hj Ismail Group.

Kami bertolak pulang ke KLIA pada 12 Ogos 2014. Beg yang pada mulanya 6 buah/biji telah beranak menjadi 12 biji/buah.Eemmmm....

Monday, August 18, 2014

Tak Agak-Agak

Apa perasaan korang kalau dapat hadiah kek Hari Lahir camnie ekkk...


Thursday, August 7, 2014

Tradisi Diteruskan.

Walaupun entri ini dah lambat dimuat naik tapi bagi saya adala perlu untuk ditulis sebagai kenangan dan dan memori bersama rakan Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat 1994 (SKUM97) Universiti Malaya.Kali ini lokasi berbuka puasa bagi SKUM97 telah diadakan di di B-16-2, Bangi Gateway, Bandar Baru Bangi (BabyUltra) dan tuan rumahnya ialah Wan Shuk. Majlis ini telah diadakan pada 19 Julai 2014. Namun ada 4 keluarga yang tidak dapat hadir disebabkan terdapat komitmen lain pada tarikh tersebut.


Family Pardon, Cute, Wan Shuk, Bob, Apeng & Mat Nor



Entri bagi majlis berbuka puasa tahun 2012 yang telah diadakan di rumah saya boleh dibaca pada link ini.

Wednesday, July 16, 2014

Saya Sudah Tukar, Anda Bila Lagi?



Lesen Memandu Malaysia Baharu

Pelaksanaan pengeluaran lesen memandu bersekuriti tinggi (LMBT) merupakan inisiatif  kerajaan untuk menghasilkan kad lesen memandu bersekuriti tinggi bagi menggantikan lesen memandu bersalut plastik (LMBP) sedia ada yang telah digunakan semenjak tahun 1989 tanpa dinaiktaraf. Ianya merupakan kad lesen memandu bersaiz kad kredit yang dilengkapkan dengan ciri-ciri keselamatan terkini.



Saya Sudah Tukar, Anda Bila Lagi?








Monday, July 14, 2014

Nuzul Al-Quran


Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Wednesday, July 9, 2014