Pada 1-4 Septemebr 2015 yang lepas saya telah pun menghadiri Kursus Pembangunan Kepakaran (Boot Camp) Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) - Trek Pengurusan Rangkaian di Institut Latihan Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) yang terletak di KM 48, Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Karak, 28750 Berjaya Hills, Bukit Tinggi, Pahang Darul Makmur. Kursus ini dihadiri oleh seramai 28 orang PTm dari pelbagai agensi.
Institut Latihan Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) adalah salah satu agensi di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan status adalah setaraf dengan Jabatan/bahagian di Kementerian. Yang menarik di I-KPKT ini ialah suasananya persekitaranya yang nyaman, sunyi serta tenteram. Tapi menginap di sini tidak bolehlah lebih dari 5 hari. Harus bosan, makan, minum, kelas dan tidur. Tiada apa-apa tempat atau tarikan yang lain yang menarik di sini.
Mengenai silibus kursus, dari skala 1- 5 saya hanya memberikan 3.5 sahaja. Tiada mahu dikomen lebih lanjut. Berikut merupakan gambar peserta kursus dan tenaga pengajar yang diambil selepas acara penyampaian sijil dibuat.
![]() |
| Peserta Kursus Pembangunan Kepakaran (Boot Camp) Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) |

0 comments:
Post a Comment