Syair Arab mengatakan, “Sabar itu pahit tetapi hasilnya lebih manis daripada madu.”
Saya merasakan diri saya adalah orang yang cukup sabar selama ini namun kadang-kadang saya menjadi orang yang suka marah-marah. Kadang-kala benda yang remeh-temeh pun boleh menjadi minyak untuk membakar perasaan saya. Saya tidak suka dengan apa yang berlaku dan tidak suka kesannya selepas saya marah-marah. Ibarat memaku dinding dengan paku walupun kita telah pun mencabut paku tersebut tetapi kesannya masih ada. Begitu juga apabila kita memarahi seseorang. Walaupun kita telah meminta maaf tetapi kesannya dihati masih berbekas. Adakah saya sekarang ini bukan lagi seorang yang penyabar?
Saya terbaca pada blog Langit Ilahi berkaitan dengan sabar dan saya amat tertarik dengan kata- kata pada blog tersebut yang boleh saya cuba amalkan dalam mendidik sabar dalam diri.
Jika dengan berdiam diri mampu mendidik sebuah kesabaran, maka diamlah biarpun mengambil masa berpuluh tahun untuk kamu memencilkan diri.
Harap saya dapat mendidik sabar dalam diri yang kadang-kala semakin hilang dalam diri ini. Ya Allah kau perkenankanlah.

0 comments:
Post a Comment