Kelmarin saya jumpa sahabat lama. Kemaskini status. Lama tak jumpa.. Sekali-sekala ada juga ber'emel' dan ber'sms'. Dia masih belum berkahwin. Umur sebaya dengan saya. Saya sengaja bertanya tentang jodoh padanya.
"Hang tolonglah rekomenkan kat aku", Katanya tersenggih.
"Dulu aku dah rekomen hang tak mahu.."
Dia cuma tersenggih.
"Lagu mana hang nak ni". Aku cuba meniru cakap orang utara, walaupun nahunya macam Mat Afrika tertelan ubat gegat.
"Aku nak cari orang utara"
"Lah, dulu tu pun orang utara gak. Cikgu lagi"
Dia masih tersenggih.
"Tengoklah, nanti kalau ada yang aku berkenan aku rekomenkan kat hang"
Dia tersenyum.
Petang tu kami berpisah. Aku mengerti keadaan beliau. Mungkin ada yang kata beliau jenis yang memilih namun aku sedar keadaan dan kehendaknya. Biarlah kita memilih jangan tersalah pilih. Rembang tu aku doakan sahabat baikku ini di berikan jodoh yang baik sebab dia memang seorang lelaki yang baik.Cuma jodohnya masih belum sampai.

1 comments:
aku kenai dia itu siapa...xper la Mr A***...kalo dh jodoh tak kemana, kalo bukn rezeki..dlm mulut pun boleh terkeluar...:))
Post a Comment