Pages

Monday, August 1, 2011

Kaulah Sahabat Kaulah Teman

Entry ini merujuk pada entry Jiwa Kacau bertarikh 15 Julai 2011 yang lepas.


12 Julai 2011.

Pagi dapat sms dari Kak Azlina jam 7.00am - "Hubby sy dpt tahu SupianSolsisMniaga telah kembali ke Rahmatullah. Masa tidor. Detail blm dpt. Sy tkde hp ajis". Sewaktu dapat mesej tersebut saya berada di tingkat bawah. Masuk ke dalam bilik tidur dapat mesej dari Ajis :" Kija tak hari ini". Betulkah apa yang kak Ina bagitahu ni. Terus telefon Ajis. Dia mengesahkannya. Sayu benar rasa hati. Supian rakan dan abang yang selama ini sentiasa membantu tidak kira masa telah pun kembali menghadap Allah Yang Maha Esa.Berjanji dengan Ajis untuk bersama-sama pergi menziarah. Dalam perjalanan ke tempat kerja. Dada terasa sebak. Sayu benar rasa hati. Jam 9.00 pagi pergi ke Pejabat Ajis dan ke pejabat Asue dan Rozy. Sampai di rumah beliau. Ramai sungguh orang yang datang menziarah. Beliau seorang peramah dan baik hati tidak mustahillah beliau mudah disenangi rakan-rakan. Jam 11.00 pagi jenazah beliau dibawa ke Masjid UPM untuk dimandi, dikapan dan disemadikan.

Perjalanan pulang ke pejabat selepas menghantar Roszy dam Mc Na.Singgah sebentar minum bersam Ajis. Mengimbau kenangan bersama Pian. Bersama Pian banyak kenangan yang tercipta. Kami mengelar kumpulan kami 4 Abang yang sewaktu ketika dulu keluar waktu lunch untuk mencuba makan mana-mana restoran. Bercuti bersama-sama ke Jakarta, Indonesia dan Siem Reap, Kemboja. Mana Mungkin dapat dilupakan.. Senyum, tawa dan gurauanmu yang sering terbayang. Kadang kala duduk bersendirian masih tak sangka Arwah telah pun pergi meninggalkan kita.

Pian kaulah sahabat dan Abang yang sentiasa berada di hati kami. Semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman serta sentiasa berada disisiNya. Kepada Kak Zue isteri arwah, semoga ditabahkan hati dan diberikan kesenangan dalam mendidik 3 orang waris bersama arwah yang telah dikurniakan oleh Allah SWT.


Al- Fatihah buat Sahabatku Arwahyarham Mohd Supian Bin Abu Bakar (30.08.1974-12.07.2011)

p/s: Nie blog 4 Abang yang pernah kami create masa aktiviti makan-makan dulu. Blog 4 Abang.

0 comments: