Semalam selepas solat Jumaat saya singgah sebentar di Pasaraya Giant untuk mengeluarkan saki baki duit gaji di mesin ATM yang terdapat di situ. Selepas itu saya pergi restoran makanan segera KFC untuk meredakan kekeroncongan perut. Sedang asyik menikmati ayam goreng KFC, tiba-tiba saya terpandang 2 orang staff KFC sedang menikmati lunch meals masing-masing di meja yang berdekatan. Secara automatik saya terimbas kembali kenangan semasa saya bekerja di KFC sewaktu menunggu keputusan SPM 14 tahun yang lepas. Tidak tahu mengapa? Mungkin saya teringat akan set lunch atau dinner percuma yang saya dapat ketika bekerja dahulu agaknya. Jika kita bekerja melebihi 8 jam waktu bekerja pada satu-satu masa kita berhak mendapat 1 set makan percuma iaitu 1 Colonel Burger + Fries + Air Bikarbonat atau Ayam Goreng 1 ketul + Fries + Air Bikarbonat (kalau tidak silap saya).
Jika diingat kembali ketika itu, rasa kelakar pun ada, rasa serik pun ada, rasa apa lagi ekk.. macam-macam rasa lah. Pada ketika itulah kerja ini merupakan kerja makan gaji pertama bagi saya.
Sering kali rasa diperbodohkan oleh majikan. Kerja teruk-teruk, over time pun tidak dikira. Bekerja dengan pekerja asing dari Bangladesh yang kebanyakkan darinya jenis pemalas. Macam kena buli di negara sendiri pula. Tapi tidaklah rasa sangat ketidakadilan majikan ketika itu. Maklumlah masih lagi muda. Semanggat kerja yang tinggi masih menyala-nyala. Lagipun kerja sementara bukan nak kerja sampai tua pun. Pelbagai jenis rakan kerja yang saya kenali. Dari yang rajin bekerja dan serba kemas kerjanya hinggalah dari yang pemalas dan berlagak macamlah dia Colonel Sanders. Manusia pelbagai ragam dan perangai. Walaupun bekerja di sebuah restoran makanan segera yang sering kali dikaitkan dengan masalah obesiti namun sewaktu bekerja di sana saya teramatlah kurus. Mungkin disebabkan beban kerja agaknya. Sewaktu bekerja di sana saya telah bekerja di dua bahagian. Pertama bekerja di bahagian dalam.
Saya tidak ingat nama bahagian tersebut. Bukan cashier tapi dibelakang cashier yakni bahagian yang membuat burger, kentang goreng, fries dan pelbagai lagi tu. Selain bahagian itu, bahagian yang berada betul-betul di bahagian dapur itu dipanggil cooked kalau tak silap. Bahagian ini paling leceh dan renyah. Terpaksa bermain dengan daging ayam mentah untuk digoreng. Syukurlah saya tidak pernah bekerja di bahagian tersebut.
Selepas beberapa ketika, saya ditempatkan di bahagian depan yang jadi tukang kemas meja, kerusi, lantai, tandas dan juga tukang lap tingkap dan pintu. Bahagian ini ialah bahagian yang paling lama saya bekerja. Rasanya lagi best berkhidmat di sini. Disebabkan restoran yang saya kerja ini terletak di bangunan pusat membeli belah, ramailah pelangan yang sering ke sini saban hari. Tambahan pula pada hujung minggu tidak cukup tangan dibuat. Selalunya keadaan menjadi sesak dan semak ketika jam 8.40 pm hingga 9.30 pm iaitu waktu sesudah pelangan selesai melakukan aktiviti shooping. Tambahan pula ketika itu cuma ada 2 atau 3 orang pekerja sahaja di bahagian saya. Jika satu shift dengan mamat yang berlagak Colonel Sanders tu, alamat makan hatilah bekerja. Baik kerja seorang diri sahaja. Bekerja dengan mamat Bangla pun satu hal. Tapi tidaklah lama saya bekerja dengan mereka kerana terdapat pergaduhan di antara pekerja tempatan dan pekerja Bangla di restoran itu. Kesemua pekerja asing itu telah dihantar ke Kuala Lumpur.
Skandal antara bos dan staff juga pernah berlaku. Yang peliknya pengurus kami itu berbangsa Serani (tak le smart mana) boleh pulak couple dengan budak perempuan melayu yang lebih kurang sebaya dengan saya. Cisss.. budak perempuan tu tak der mata ker?
Dah lah mamat tu sudah berkahwin. Tidak tahulah saya di mana letak iman, akal dan fikirannya. Dengar-dengar abang kepada budak perempuan tersebut pernah mencari si mamat tu di restoran. Tidak tahulah kenapa. Akibat skandal tersebut, pengurus itu telah ditukar kepada pengurus melayu, Mr. Ted kalau tak silap nama glamer dia. Pengurus yang baru ini baik sekali corak pengurusannya. Tapi yang tak tahannya bos baru ini mulut dia laser sekali. Kuat ***tut*&*&^%%. Tapi hanya setakat dimulut sahaja.
Skandal kedua dilakukan oleh penolong pengurus ketika itu seorang lelaki India. Bukan nak cakap, jika di dalam gelap hanya nampak mata putihnya dan gigi sahaja. Dia telah bermain cinta dengan seorang cashier yang boleh tahan paras rupanya (sebaya saya). Bertambah best lagi, si minah ini sudah mempunyai balak. Apa lagi bila balaknya mendapat tahu habis diamuknya restoran tersebut. Ianya berlaku pada sebelah malam setelah restoran ditutup kepada orang ramai tetapi pekerja masih lagi ada bekerja di dalam. Waktu ini dipanggil closing oleh kami. Namun saya tiada ditempat kejadian kerana ianya berlaku 2-3 minggu setelah berhenti bekerja di situ. Hanya mendapat berita dari rakan-rakan yang masih bekerja.
Dengan pengurusan baru nasib pekerja lebih terbela. Saya yang ketika itu telah dinaik taraf dari Trainee ke pekerja tetap. Dari gaji Rm 1.90/jam dinaikkan ke RM 2.10/jam. Kerja lebih masa saya tetap dikira tidak seperti dengan pengurusan lama. Setelah keputusan SPM hampir keluar, saya telah pun menghantar notis berhenti. Ada juga Mr. Ted, memujuk agar saya terus bekerja disitu. Katanya peluang kenaikan kerjaya di KFC amat cerah. Opps.. saya tetap dengan keputusan saya. Naiwatu saya bekerja ketika itu hanyalah untuk mencari pengalaman sahaja, tidak lebih dari itu.
Pengalaman kerja part time saya yang kedua ialah ketika bercuti akhir semester semasa di tahun satu Asasi Sains UM. Bekerja selama 2 minggu di Pusat Membeli Belah Jaya Jusco.
Ketika itu ada jualan murah di JJ dan saya telah pun pergi bekerja untuk menambahkan lagi pengalaman dan pendapatan. Emmm.. ditempatkan di bahagian supermarket sebagai co-worker amat penat sekali. Hingga tangan saya mengelupas kerana terpaksa mengangkat kotak-kotak barangan jualan di stor dan bawa masuk dengan troli ke rak-rak jualan setiap hari. Genap 2 minggu saya pun berhenti. Ada juga saya dipanggil untuk disambung kerja sehingga cuti semester tamat tapi he..he.. sorry .. tak sangggup dennnn....
Itulah serba ringkas sejarah saya kerja terawal saya sebagai pekerja am di KFC dan JJ. Semua memori ini terimbas di sebabkan 2 orang staff KFC yang sedang menikmati lunch meals di sebelah meja berdekatan dengan saya. Nostalgik betul lah.....
0 comments:
Post a Comment